Total Pageviews

Thursday, December 24, 2009

Perginya seorang rakan sejawat

Hari ini 24/12/09 Khamis saya mendapat berita mengejut dan amat menyedihkan iaitu pulangnya ke rahmatullah Prof Madya Dr Mohd Khairi Saidin pensyarah Fizik,Fakulti Sains UTM. Saya sering berseloroh dan berbual bual dengannya ketika berjalan balik drp solat zohor dan asar di masjid UTM. Beliau seorang yg mudah bergaul dan disenangi ramai dgn sifatnya yg suka bertegur sapa dan banyak tersenyum. Lebih lebih lagi kami hampir sebaya dan telah berkenalan lebih kurang 30 thn sejak sama sama mula bertugas di UTM pada awal tahun 80'an dulu.

Selepas balik dari tanah perkuburan Alif di Tampoi, Johor Bahru tadi, saya terfikir fikir dan bermuhasabah diri bahawa apalah ertinya sangat hidup ini jika dalam masa tugas kita (khususnya bagi diri saya sendiri) yg rata ratanya sekitar 30/40 thn itu kita tidak dapat memberikan sumbangan yg semaksimum mungkin kpd kepentingan dan perkembangan Islam. Alangkah ruginya masa yg Allah kurniakan kpd kita.

Semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas roh sahabat saya ini. Ameen

Friday, December 18, 2009

Problem Posing/Pengutaraan Masalah

Mulai semester lepas (sem 1,sesi 09/10)saya mula menyelia pelajar bernama Ilfi Norman bagi menyiapkan tesis Ph.D berkaitan aktiviti problem posing dalam kalangan pelajar matematik sek men. Tajuk ini dipilih kerana trend terkini di seluruh dunia bukan lagi terhad kpd kemahiran problem solving shj tetapi lebih kpd kemahiran yg lebih kreatif iaitu problem posing. Berdasarkan sesuatu situasi bermasalah biasanya berkait dgn konteks sebenar dlm kehidupan seharian, pelajar digalakkan mengutarakan sendiri/mengenal pasti masalah itu, apa yg hendak dicari dsb dan seterusnya menyelasaikan masalah berkenaan. Ini adalah tesis Ph.D kedua dibawah seliaan saya selepas tesis pertama mengenai masalah pembelajaran tajuk pecahan yg berjaya diperolehi oleh Pn Suhaidah Tahir pada tahun 2006 yg lepas.

Alhamdulillah setelah tamat semester pertama itu Ilfi dan saya telah berjaya menulis artikel awal dan baru shj diterbitkan dalam Journal Pendidikan terbitan Fakulti Pendidikan UTM bertajuk Problem posing activities amongst secondary school students.

Semoga dgn izin Allah swt kajian ini akan berjalan dgn lancar dan berjaya ditamatkan dlm tempoh tiga tahun seperti yg ditentukan.

Wednesday, December 9, 2009

Erti mendapat Ph.D


Ketika di sek men lagi saya telah berangan angan meraih ijazah akademik tertinggi iaitu Ph.D suatu hari nanti.Saya pun tidak tahu entah kenapa? Lantaran itu saya sering menulis nama saya dlm kertas/buku nota peribadi dgn ijazah sarjana dan Ph.D.Selepas graduate dgn BSc pada 1979/80 dari UM, saya mengajar di sek Men Pulau Nyior, Jitra, Kedah dan tinggal bersama emak ayah dikampung berhampiran dgn sek tersebut.
Kalau diikutkan memang itulah yg menjadi hajat ramai orang, iaitu berkerja dikampung halaman, hidup agak selesa dgn pendapatan yg agak lumayan iaitu dgn gaji permulaan RM 1060 sebulan, harga barangan pun agak murah, hidup "slow life"/banyak masa rehat/lapang. Tetapi rupanya saya ini "agak pelik", org skg kata thinking outside the box, saya rasa cepat bosan hidup secara rutin yg tidak mencabar begitu. Lalu selepas hampir setahun mengajar matematik disitu, saya merasa sangat bosan untuk mengajar perkara yg sama thn hadapan dan seterusnya, maka oleh sebab itu saya mengambil keputusan mencari kerja lain.
Dgn takdir Allah swt pada thn 1981 saya telah diterima bekerja sbg penolong pensyarah di UTM KL dan seterusnya berpeluang melanjutkan pelajaran dua kali ke England. Alhamdulillah walau pun kerja agak sibuk dan mencabar tetapi saya rasa tidak banyak masalah disebabkan saya berminat dgn suasana kerja yg agak dinamik dgn dpt menimba ilmu dan pengalaman baru dsb.

Selepas bertungkus lumus belajar dan menyiapkan tesis di University of warwick pada thn 1991 barulah saya saya faham bahawa memperolehi Ph.D ini bererti kita telah memberi sumbangan yg dipanggil " significant and original contribution to the development of knowledge" dlm bidang yg kita ceburi, dlm hal ini, bidang saya adalah pendidikan matematik atau lebih khusus lagi dlm tajuk/sub-bidang " learning problems in mathematical functions among secondary school students in England and Malaysia"- satu kajian perbandingan yg agak mendalam.

Tetapi pada hakikatnya mendapat Ph.D hanyalah diibaratkan sbg mendapat suatu "kunci besar" untuk terus menerokai ilmu yang maha luas itu. Hanya Allah swt lah yg mengetahui segalanya.

Tuesday, December 8, 2009

Great teacher inspires


Secara kebetulan kelmarin saya bertemu dan berbual bual dengan seorang pensyarah matematik kisah nostalgik ketika kami belajar di Fakulti Sains,Universiti Malaya sekitar tahun 1975-1980 tentang suasana belajar, kaedah belajar, kepelbagaian stail syarahan pensyarah, masalah belajar dsb. Rata ratanya kami bersetuju bahawa setelah lebih kurang 30 thn berlalu keadaan pembelajaran di universiti sudah banyak berubah samaada kearah kebaikan atau pun sebaliknya.

Satu perkara yg saya sering teringat ialah tentang ketokohan seorang Prof yg saya rasa amat sukar dicari ganti dan sangat memberi kesan kpd saya secara peribadi dan saya percaya kpd pelajar lain juga ialah Prof Syed Muhammad Naguib Al-Attas yg mengajar kami subjek umum universiti iaitu Falsafah Sains pada tahun 2/3 pengajian. Saya sering tertunggu tunggu untuk mendengar kuliahnya kerana kagum dgn keluasan dan kedalaman ilmunya dan cara kupasan kuliahnya yg sentiasa mencetuskan pemikiran baru tentang sesuatu konsep/idea (ketika itulah saya kenal antara lain konsep islamisasi ilmu,konsep adab,kesepaduan ilmu,makna pendidikan dsb) yg dibincangkan selepas setiap kali tamat kuliahnya. Sejak itu sehingga ke hari ini boleh dikatakan saya tidak pernah/belum lagi dapat mengikuti kuliah( mahupun memberi kuliah)sebaik itu walaupun dari para profesor yg sangat ramai pada masa kini.

Benarlah kata pepatah, good teacher explains but great teacher inspires...
Semoga Allah sentiasa memberkatinya.

Sepuluh wasiat yang sentiasa ampuh


Imam As-Syahid Hasan Al-Banna telah mewasiatkan 10 perkara yg sentiasa ampuh dan relevan sepanjang masa untuk diamalkan oleh setiap muslim sejati:
1. Apabila saudara mendengar azan, segaralah bangun bersolat serta merta walau bagaimana keadaan saudara sekalipun.
2. Bacalah Al-Qur'an atau tatapilah ilmu atau pergilah mendengar perkara yg baik atau berzikir.Janganlah sama sekali membuang masa dalam perkara sia-sia.
3. Berusahalah sedaya upaya bertutur dalam Bahasa Arab fusha kerana ia merupakan salah satu syiar Islam.
4. janganlah banyak berdebat dalam apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan sebarang kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yg sentiasa berhubung dgn Allah sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Saudara janganlah bergurau kerana umat yg berjihad sentiasa bersungguh dan serius dalam setiap perkara.
7. Janganlah saudara bercakap lebih nyaring drp kadar yg dikehendaki oleh pendengar kerana ia menjemukan dan boleh menyakiti pendengar.
8. Jauhilah dari mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan perkara yg mendatangkan kebaikan.
9. Berkenalanlah dgn setiap rakan yg saudara tidak diminta berbuat demikian kerana asas dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenalan.
10. Kewajipan lebih banyak dari waktu. Oleh itu bantulah rakanmu memanfaatkan waktu mereka dan jika saudara berurusan maka singkatkanlah masa pelaksanaannya.

Marilah kita sama sama mengamalkannya sedaya mungkin. InsyaAllah

Sunday, December 6, 2009

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu/Akademik Di Universiti?


Rata ratanya para pentadbir dan pensyarah universiti pada masa kini sering menggunakan hampir 100% secara tulisannya dalam bahasa Inggeris walau pun dalam pengucapannya di selang seli dgn bahasa Melayu, timbul satu persoalan kpd saya mampukah BM berfungsi sebagai bahasa ilmu/akademik di universiti? khususnya dalan bidang sains dan teknologi seperti di UTM ini. Nampaknya BI digunakan untuk mengungkapkan perkara/idea/konsep yang serious/berat/rumit/kompleks manakala BM digunakan untuk menjelaskan semula idea berkaitan atau menyatakan perkara yg ringan dan kadangkala untuk tujuan berjenaka sahaja.
Pada sekitar tahun 1984/85 saya terlibat sedikit sebanyak dalam AJK pembinaan istilah BM(dgn DBP)untuk bidang pendidikan matematik. Pengalaman yang sedikit itu telah meyakinkan saya bahawa BM berupaya mengungkapkan ilmu matematik dan mampu menjelaskan idea idea yg abstrak dalam bidang matematik itu. Di samping menyampaikan kuliah dalam BM sejak beberapa tahun yang lepas(sejak 1981-2005 tetapi atas arahan universiti mengajar dalam BI kpd pelajar sarjana bermula pada 2006 )dan menjadi penulis bersama buku teks matematik tingkatan 1 KBSM pada tahun 1989 yg ditulis sepenuhnya dalam BM dan baru baru ini terlibat dalam kajian mengenai PPSMI, saya tidak nampak sebarang masalah besar dlm pelaksanaan BM dalam bidang sains dan matematik ini.
Jelaslah bahawa persoalan mampu atau tidak mampunya BM berfungsi sbg bahasa ilmu/akademik terletak pada pendukung atau pengguna bahasa itu sendiri. Benarlah kata pepatah, kalau hendak seribu daya ,tak hendak seribu dalih. Mungkin kita secara tidak sedar terjebak dalam apa yg dipanggil "menjadi bangsa yg berjiwa hamba" mungkin buat selamanya!

Musleh dan Dong Jiao Zong


Dong Jiao Zong adalah sebuah pertubuhan NGO yang amat berpengaruh dalam menjaga dan memperjuangkan kepentingan pendidikan Cina (meliputi khususnya aspek bahasa dan budaya)kaum Cina di negara kita. Menurut seorang rakan bahawa orang Cina umumnya memberi sokongan teratas sekali kpd DJZ ini,kemudian kepada persatuan suku kaum/clan mereka selepas itu barulah kepada parti politik yg menjaga kepentingan mereka. Timbul persoalan bagaimana pula kepada orang Melayu/Islam ? Kalau kepada pertubuhan yg menjaga kepentingan pendidikan Melayu/Islam - pertubuhan apa? Kalau kpd clan/suku - pertubuhan apa pula? Kalau kpd pari politik yg menjaga kepentingan Melayu/Islam - parti apa?

Kalau sukar dijawab dgn pasti dua persoalan yg akhir itu barangkali persoalan pertama itu boleh dijawab dgn agak pasti buat masa ini iaitu Pendidikan SRI-SMI Sdn Bhd (MUSLEH) yg sedang mengendalikan lebih kurang 30 buah sekolah rendah dan menengah Islam swasta diseluruh negara (lebih kurang 13,000 pelajar) pada masa ini adalah pertubuhan yg agak besar dalam bidang pendidikan Islam ini. Nampaknya nama MUSLEH dan sekolah sekolah rangkaiannya mula mendapat perhatian/menambat hati mayarakat Islam dan Pengerusinya juga iaitu Uzt Megat Amin Megat Mohd Noor sering diminta memberi pandangan/ulasan tentang pelbagai isu berkaitan pendidikan Islam di Malaysia dari masa ke semasa.

Adalah diharapkan dgn sokongan semua pihak dan dgn izin Allah swt satu hari nanti MUSLEH ini boleh menjadi sebuah badan bebas yg berautoriti/berwibawa tentang pendidikan Islam kpd masyarakat Islam di negara ini spr mana peranan DJZ kpd masyarakat Cina. Dengan izin Allah swt saya sendiri akan turut menyumbang sedikit sebanyak tenaga, masa, buah fikiran dsb untuk memperkasakan Pendidikan Islam menerusi MUSLEH ini. Semoga Allah mempermudahkannya...InsyAllah.

Outcomes-Based Education dan Islam


Dalam seminggu dua ini saya berpengalaman menjadi pengajar PTK5 bagi calon Prof Madya UTM dan menjadi auditor prestasi akademik (APA) dua fakulti di UTM. Pengalaman ini menjadi lebih bermakna apabila saya dapat melihat perkaitan rapat antara OBE yang menjadi buzz word dan sangat popular dalam dunia pendidikan kini. Konsep OBE ini agak mudah sahaja iaitu fokus pendidikan adalah kepada pencapaian hasil pembelajaran iaitu akhirnya apa yang pelajar tahu dan dapat lakukan diakhir sesuatu pelajaran/pengajaran/kursus/program dsb. Yang dipentingkan adalah hasilnya berbanding dengan proses untuk mencapainya. Misalnya sebagai contoh diakhir suatu pengajaran pelajar mestilah dapat melakukan solat dengan betul,maka aktiviti pelajaran mestilah diarahkan kesitu - cara mengajarnya boleh fleksibel dan pelbagai mengikut jenis/kebolehan pelajar,tidak terlalu terikat tempoh masa yang diambil dsb yang penting hasil pembelajaran(HP)tercapai. Semua aktiviti P&P,sumber,pentaksiran dsb di strategize kan ke arah pencapaian HP yang telah ditentukan lebih awal. Ini menjadikan aktiviti P&P lebih berpusatkan pelajar dan penilaian berasaskan kriteria yg telah ditetapkan yg seterusnya dapat menjamin kualiti pendidikan dan latihan berkenaan.

Cuma spr konsep konsep lain, OBE ini walau pun dekat dengan pendekatan Islam tetapi orang orang Barat juga yang telah berjaya mendokumentasikannya dengan baik yang mudah untuk diamalkan oleh semua pihak.

Thursday, December 3, 2009

Bergerak ke depan menegakkan syariat Islam

Walau pun terdapat banyak pertubuhan/organisasi/jemaah yang mengaku berjuang menegakkan syariat Islam tetapi untuk berkesan pada jangka panjangnya kita perlulah bergabung dengan jemaah yang berbentuk global/alami yang berusaha untuk menegakkan syariat Islam diseluruh dunia yang melangkaui batas negara dan wilayah. Dalam hal ini tidak syak lagi bahawa pertubuhan Ikhwan Muslimun(IM)yang diasaskan oleh Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna di Mesir pada tahun 1928 memenuhi syarat berkenaan dengan rangkaiannya di lebih kurang 80 negara yang ada umat Islam diseluruh dunia. Di setiap negara tersebut hanya satu pertubuhan sahaja yang diiktirafnya setelah dipastikan bahawa pertubuhan berkenaan mengikut dengan rapat manhaj perjuangannya. Pertubuhan/jemaah lain boleh bergerak mengikut cara masing masing tetapi tidak terikat dengan sistem Ikhwan itu. Tetapi alangkah baik dan kuatnya jika semua tenaga umat Islam itu dapat disatukan dalam satu jemaah sahaja yang mempunyai pertalian dengan IM ini.

Pengiktirafan itu penting kerana secara praktikalnya IM boleh "strategize" kan secara bersepadu gerak kerja pertubuhan khususnya dalam usaha memperkasakan dakwah dan tarbiyah disetiap negara berkenaan untuk menegakkan syariat Islam disetiap negara tadi dan seterusnya ke seluruh dunia yang akhirnya tunduk kepada hukum/perundangan Islam. Sedarlah bahawa dakwah akan tetap berjalan terus samaada dengan atau tanpa penyertaan kita. Allah swt akan mengantikan satu generasi dengan generasi yang lain untuk meneruskan kerja dakwah ini. Marilah kita sama sama mengikut jalan para nabi,para solihin,para siddiqin dan para syuhada yang ingin menjadi pendamping Rasulullah saw disyurga kelak. Ameen.

Sunday, November 29, 2009

Pentingnya taat dan thiqah dlm berjemaah

Walaupun rukun rukun lain dalam berjemaah iaitu faham,ikhlas,amal,jihad,thabat,thadhiyah/pengorbanan,tajarud/bersungguh sungguh dan ukhwah penting tetapi dlm banyak keadaan/situasi dlm perjalanan dakwah ini dua rukun yg sangat berkait rapat antara hubungan jundi dgn kepimpinan/qiadah ialah taat dan thiqah adalah teramat penting sekali dipatuhi sepanjang masa samada suka atau pun tidak.
Dlm sejarah Islam terdapat banyak contoh spr kekalahan perang Uhud kerana ketidakpatuhan pasukan kpd pemimpin, ketaatan sahabat kpd panglima perang spr Khalid bin Walid dan Usamah bin Zaid dll yg sepatutnya menjadi teladan kpd kita.

Lantikan pemimpin berdasarkan potensi dan kemampuan melaksanakan tugas dgn baik menerusi keputusan syuro' mestilah dipegang/patuhi oleh semua pihak dan segala keputusannya dilaksanakan tanpa berbelah bagi demi kelangsungan jemaah.

Allah swt Maha melihat apa sahaja yg berada disebalik dada dan apa yg disembunyikan oleh jiwa kita dan Allah akan menghisab semuanya.
Semoga kita semua sentiasa mendapat kerahmatan, keberkatan dan keredaan Allah jua.

Sunday, November 15, 2009

Bidding for top-down research

Pada 13-15 /11/09 bertempat di Dorsett Hotel KL kami lebih kurang 40 org pensyarah UTM dgn bimbingan Prof Jeff dari USA berkumpul untuk menyediakan research proposal
mengenai transformasi engineering education di Malaysia. Bajet yg dipohon berjumlah lebih kurang RM I juta bagi tempoh 3-5 thn.Kami semua berperah otak menyediakan proposal lengkap untuk diserahkan kpd KPT yg akan mempertimbangkannya bersama proposal dari universiti lain,khabarnya strong contendernya adalah UKM.

Jika diluluskan ianya tentulah menjadi tugas yg agak mencabar bagi kami semua. Jika tidak pun mungkin kami akan teruskan dalam bentuk yg lain, jadikan beberapa projek kecil yg boleh dibuat pada sekala yg kecil dan berterusan.

Walau apa pun pengalaman ini sangat berguna dan kami sedar bhw kajian /amalan baru tersebut telah dilaksanakan dgn meluas di negara negara maju khususnya USA melalui program STEM (Science,Technology, Engineering and Mathematics)bermula dari peringkat sekolah rendah lagi.

InsyaAllah saya cuba memberi sedikit sumbangan bagi memajukan negara khususnya dalam kalangan umat Islam - memperkasa bidang sains dan teknologi seperti mana kecemerlangan tamadun Islam dahulu.

Monday, November 9, 2009

warga negara negeri akhirat

Tertarik dgn analogi seorang uztaz bahawa kita sebenarnya warga negara negeri akhirat yg kekal abadi.Kita singgah sbg warga negara negeri dunia/ Malaysia dinamakan orang, adalah buat beberapa tahun yg singkat shj, rata rata sekitar 60-70 thn. Tapi nampaknya tumpuan/fokus kita didunia ini bukan main lagi, macam nak hidup lama.

Sepatutnya usaha mencari bekalan untuk hidup diakhirat itu mesti dikumpul sebanyak banyak nya melalui pelbagai cara dan sepanjang masa.

"Rule of thumbs" nya mana perkara yg menguntungkan untuk hidup diakhirat mesti dijadikan priority/keutamaan/didahulukan, mana yg tak menguntungkan langsung wajar ditinggalkan terus. InsyaAllah marilah sama sama kita amalkan nasihat yg bernas ini.

Tuesday, November 3, 2009

Kerja makin mencabar

Tugas sbg pensyarah kini dan masa depan makin mencabar and very demanding. Tak spr dulu pensyarah hanya perlu prepare lecture notes elok elok kemudian bersyarah dgn baik shj. Kerja lain spr research, writing papers hanyalah optional dan bukan mandatory.
Tetapi skg bila wujud sistem KPI sekarang semua kerja lain selain teaching yg core itu yg dulunya optional sudah menjadi KPI yg wajib dilakukan. Sistem carrot and stick /rewards and punishments mula digunakan. Sebenarnya saya bersetuju jika sistem ini diguna pakai lebih awal sebaiknya ketika saya mula masuk UTM pd tahun 1981 dulu. Ini memudahkan semua pihak sebab expectationnya jelas, berapa research/ kertas nya/peyeliaan tesis/AJK Mesyuarat dsb telah ditentukan terlebih dulu diawal tahun - mudah kita menguruskan masa dan pihak atasan menilainya.

Namun bagitu tugas sbg pensyarah ini telah memberikan personal satisfaction kpd saya dan sekurang kurang saya telah dapat memberikan sedikit sebanyak contribution/ sedikit saham dlm pembentukan generasi masa depan khususnya dlm bidang pendidikan/latihan guru matematik yg saya ceburi hampir 30 thn ini. Semoga Allah swt meredai dan merahmati serta mengiranya sbg amal jariah saya sehingga ke hari akhirat InsyaAllah.

Bila nak pencen

Dlm setahun dua ini ramai juga orang /saudara mara bila berjumpa selepas habis berbual dan bertanya khabar mereka akan tanya bila nak pencen? 30 thn dulu tanya bila dpt kerja dan kerja di mana? Bagitulah putaran kehidupan !.

Kadang kadang di antara kawan kawan yg hampir sebaya terus pula berbual apa nak buat bila pencen nanti ye? Setelah mendengar pelbagai perbualan dapatlah diketegori jawabannya spr berikut:

1. nak rehat/enjoy masa pencen/arrange your own time/slow life/visit anak cucu -
macam completely withdrawal from active life

2. nak buat business sikit sikit yg sesuai/projek apa apa yg boleh sesuai dgn
kepakaran sedia ada /buat part - time teaching dsb

3. nak beri lebih masa buat kerja kemasyarakatan/ajk masjid/masuk NGO dll seumpamanya

4. nak sambung kontrak kerja di UTM atau tempat lain

Saya fall dlm group mana?. Tapi teringat bhw sbg muslim kita tak boleh completely rehat ( spr group 1), kita mesti by default/tanggungjawab asal, kena terus buat kerja dakwah dlm konteksnya yg luas ( 2,3 &4 ok dgn sedikit 1 ) dan mesti diperkasakan lagi. InsyaAllah.Semoga Allah swt merestui dan meredai kehidupan saya dan keluarga seterusnya.

Friday, October 30, 2009

Pasang niat lagi

Hari ini 30/10/09 mungkin hari bersejerah juga bagi kami suami isteri, sebab saya dan isteri telah berbincang dan membuat keputusan ingin mendaftar semula untuk menunaikan ibadah haji bagi kali ketiga (kali pertama 1993 dan kedua 2008) pada tahun 2015 nanti iaitu bila isteri bersara wajib -setelah 2 thn saya bersara wajib. Itu pun InsyaAllah jika dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki serta mendapat kelulusan tabung haji/kerajaan Saudi dsb. Hal ini setelah saya mendengar bahawa waiting list di Tabung Haji sangat panjang ( dua orang rakan yg telah mendaftar pada 2009 perlu menunggu sehingga 2027 baru boleh pergi - 17/18 thn dlm waiting list!!!, kecuali lah jika hendak pergi dgn pakej yg agak mahal tu).

Walaupun kami faham bahawa wajib haji hanya sekali sahaja seumur hidup, tapi bagi kami yg selalu lemah iman ni, kalau pergi ke Mekkah tu ada lah terasa recharge sedikit iman nya untuk meneruskan kehidupan di usia yg bertambah lanjut begini. Semoga Allah swt memakbulkan hajat kami berdua dan memakbulkan juga doa agar semua 6 orang anak kami(kecuali anak keempat,Huzaifah ( yg sedang belajar di Mesir)telah joint kami naik haji last year) dapat menunaikan fardhu haji suatu hari nanti. InsyaAllah.

Wednesday, October 28, 2009

Berebut rebut nak masuk Sek. Ren. Islam Hidayah

Pada 28/10/09 saya mempengerusikan pemilihan kemasukan murid baru Tahun 1 ke SRIH bagi tahun 2010. Terdapat lebih kurang 230 permohonan tetapi sek hanya boleh mengambil 180 shj ( 5 kelas @ 36 murid = 180)- tak dapat dielakkan memandang kekurangan kelas dan juga guru di SRIH. Ini bererti kita terpaksa dengan amat dukacitanya menolak sekitar 50 permohonan - kecewa lah ibu bapa berkenaan tetapi apakan daya !. Kita dapati saban tahun (hampir 20 thn sejarah SRIH) beginilah keadaan/responnya, ramai ibubapa berlumba lumba ingin menghantar anak anak mereka ke sekolah berbentuk sepadu begini iaitu ada gabungan diantara aliran akademik dgn agama, walaupun kos/yuran bulanannya agak tinggi(dgn yuran,tambang bas,buku,makan dsb boleh mencecah RM300-400 seorang),pada hal mereka boleh mendapatnya secara percuma disekolah kebangsaan biasa.

Setelah di teliti, saya dapati terdapat beberapa sebab yg agak ketara spr berikut:

1. Ibu bapa yg kebanyakan berlatarbelakangkan pendidikan sekular merasakan tidak mahu lagi anak mereka melalui sistem yg sama yg dirasakan terlalu banyak kekurangannya.
2. Hendak meletakkan asas agama yg kukuh kpd anak mereka untuk menghadapi masa depan dgn masalah sosial yg makin mencabar dan kompleks di dunia luar .
3. Percaya kpd suasana/biah solehah yg ada di sekolah, pergaulan yg baik yg melambangkan akhlak Islamiah di antara semua pihak di sekolah
4. Rekod pencapaian akademik (UPSR,PMR dan SPM) yg agak baik serta yg lebih penting akhlak anak anak secara umumnya lebih baik spr mana yg ditunjukkan oleh murid sedia ada / bekas murid hidayah yg lain .

Mungkin itulah antara sebab utama mereka memilih sekolah hidayah. Semoga Allah memberkatinya.

Friday, October 23, 2009

Perkenalan Diri

Tertarik dgn cara As-Syhahid Imam Hasan Al-Banna,pemimpin pertubuhan Ikhwan Muslimin memperkenalkan dirinya kepada orang ramai/masyarakat umum di Mesir:

" Saya adalah pengembara yg mencari kebenaran. Saya adalah manusia yg mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yg impikan sebuah negara yg dihormati,merdeka,tenteram dan hidup harmoni dibawah naungan Islam yg murni.

Saya hanyalah ibarat seorang yg memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru bhw;solatku,ibadatku,hidupku dan matiku hanya untuk Allah swt, Tuhan sekelian alam,tiada yg mempersekutuiNya.Inilah yg diperintahkan kepada saya dan saya adalah salah seorang yg menyerah diri. Inilah saya, anda pula siapa"

Bayangkanlah betapa hebat dan kuatnya umat Islam jika setiap muslim (sekarang ada 1.3billion seluruh dunia pada thn 2009) memperkenalkan diri dan mengamalkan apa yg dikatakan itu.

Saturday, October 17, 2009

Berita kematian biras

Pada pagi subuh 17/10/09, ketika saya sedang bersiap siap ke Masjid Senai untuk solat subuh, saya dan isteri mendapat berita dari kakak ipar di Hospital Kangar mengenai kematian biras saya Hj Hashim Abd Hamid (59 tahun). Saya terus bergegas ke airpot Senai mendapatkan tiket untuk flight terus dari JB ke Penang dan kami berdua tiba dikampung kami iaitu Kg tebing, Jitra, Kedah dgn teksi pada sebelah petangnya.

Pemergian ke rahmatullah abg Hashim ini amat dirasakan oleh semua ahli keluarga khususnya anak anak kami(5 orang) yg memang rapat dgn beliau lantaran sikap kebapaan yg istimewa yg ada padanya. Beliau sentiasa mengambil berat mengenai kebajikan dan kesejahteraan semua ahli keluarga termasuklah juga dgn kami sekeluarga. Memang sukarlah nak dicari ganti watak istimewa sepertinya dan budi baik kepada kami semua sejak lebih kurang 27 tahun saya bergaul bersama dgnnya.

Semoga pemergian beliau buat selama lamanya itu menjadi ikhtibar kepada kita semua bahawa hidup didunia ini hanyalah sementara waktu dan kehidupan di akhirat jugalah yg kekal abadi . Marilah kita sama sama mendoakan agar rohnya sentiasa dirahmati Allah swt dan berada bersama sama roh hamba hambanya yg soleh. Ameen.

Berita kematian biras

Berita kematian

Tuesday, October 13, 2009

Erti Kehidupan

Tanggal 30 sept 2009, genaplah usia saya 54 thn. Kalau diikutkan skim lama pada tahun hadapan 2010, jika Allah memanjangkan usia, saya akan bersara wajib. Namun begitu dalam skim baru sekarang,saya berpeluang selama 4 thn lagi sehingga genap usia 58 thn untuk dpt memberikan apa apa sumbangan yg patut dlm melaksanakan tugas sbg pensyarah dan penyelia projek/disertasi/tesis/praktikum dsbnya di UTM ini.

Dalam usia yg agak senior/lama (istilah tua katanya sensitif!)begini,saya selalu membuat refleksi sendirian tentang apakah sebenarnya sumbangan saya dalam kehidupan ini yg akan dikira Allah swt sbg amal jariah,yg kekal abadi hingga hari akhirat nanti?

Sering teringatkan maksud Hadis Nabi saw bahawa apabila matinya sesaorang anak adam yg kekalnya hanyalah tiga perkara iaitu anak soleh yg sentiasa mendoakannya, sedakah jariah yg dilakukannya dan ilmu yg bermenfaat yg ditinggalkannya.

Monday, October 12, 2009

Ketua R&D Musleh

Pada awal Ramadhan lepas Uzt Megat Amin Megat Mohd Noor, Pengerusi Pusat Pendidikan SRI-SMI (MUSLEH)telah menghubungi saya dan meminta jasa baik saya mengetuai bhg penyelidikan dan pembangunan (R&D) Musleh. Bhg ini bertanggungjawab menjalankan penyelidikan bagi penambahbaikan semua aspek sama ada aspek kurikulum, latihan guru, pengajaran dan pembelajaran,pengurusan sekolah dsb untuk semua sekolah rendah dan menengah dalam rangkaian Musleh (lebih kurang 30 buah sek ketika ini)di seluruh Malaysia. Tugas berbentuk sukarela ini adalah agak besar skopnya , agak mencabar dan memerlukan komitmen yg tinggi serta masa dan juga tenaga yg banyak (meeting pertama di Pejabat JIM Tmn Melawati, KL pd 2/11/09 ). Mungkin setelah mempertimbangkan pengalaman saya yg agak lama sebagai ahli Lembaga Pengelola Sek Hidayah Johor Bahru, beliau merasakan saya boleh menyumbang sesuatu.

Dengan rasa rendah hati dan dgn niat tulus ikhlas hendak memberi sedikit sumbangan ala kadarnya kpd usaha memperkasakan pendidikan Islam/tarbiah islamiyah dlm usaha membentuk generasi yg soleh wa musleh, saya menerima tugas yg diamanahkan ini dan senantiasa memohon taufik dan hidayah serta keberkatan Allah swt jua. Semoga segala usaha ini akan dikira sbg amal jariah yg akan memberatkan timbangan amal saya ketika bertemu Allah di akhirat nanti. InsyaAllah.

Saturday, October 10, 2009

Pesanan dan peringatan

Dalam bhg penutup buku Pesanan dan Peringatan oleh Mustafa Masyhur(terjemahan Pustaka Salam 1988)telah dipetik kata kata Al-Syahid Imam Hassan Al Banna Rahimahullah spr berikut: (Alhamdulillah saya telah diizinkan Allah swt bertemu dgn Sheikh Mustafa Masyhur dlm satu program dan mendengar ceramahnya di Masjid Bristol UK pd thn 1984 dan sentiasa terkenang ketika bersalam untuk berpisah dgnnya yg penuh bermakna dan kesayuan! ). Pertama kali rasanya bersalam/mungkin juga terakhir!dgn sesaorang yg bagitu meninggalkan kesan dihati yg sgt mendalam.

"Wahai Ikhwan! Sesungguhnya umat yg mengelokkan proses kematiannya dan tahu bagaimana untuk mati secara mulia, Allah akan mengurniakan kpd umat tsb kehidupan yg mulia dan nikmat yg berkekalan di akhirat kelak. Tidak ada kelemahan yg menghinakan kita selain dari cintakan dunia dan bencikan kematian. Siapkanlah diri kamu melaksanakan tugas yg besar. Gemarilah kematian, kelak kamu dikurniakan dgn kehidupan. Berusahalah kamu untuk mengecap kematian yg mulia, kamu pasti dapat kebahagian yg sempurna. Semoga Allah mengurniakan kpd kami dan kamu semua, kemuliaan mati syahid di jalan Nya."

Friday, October 9, 2009

Refleksi kehidupan dan kerjaya

Secara ringkas susur galur kehidupan dan kerjaya saya adalah spr berikut:

Sek Rendah Hosba (1962-1967)
Sek Men Jitra (1968-1970)SRP
Sek Men Sultan Abd halim Jitra (1971-1972 SPM; 1973-1974 STPM)
University Malaya 1975-1979 BSc Ed (Hon's) Maths/Physics
(mengajar di Sek Men Pulau Nyior, Jitra (1980)
Bertugas sbg penolong pensyarah di UTM KL 1981-1983
University of Keele UK 1983-1984 MEd (Maths Ed)sbg pensyarah bermula 1983
University of Warwick UK 1989-1991 Ph.D (Maths Ed)
Dinaikkan pangkat sbg Prof Madya 1995 - sehingga kini

Ketua Jabatan Pendidikan Sains dan Matematik 1986-1989
Timbalan Dekan (Pembangunan)Fak Pendidikan 2002-2008

Disamping membentangkan beberapa kertas kerja di seminar dalam negeri,saya telah berpeluang membentangkan 2 kertas kerja di seminar antarabangsa luar negara ie di Assisi, Italy 1990 dan di Lahti, Finland 1994 dan menulis 3 buah buku karya asli bersama rakan rakan lain.

Syukur Alhamdulillah dgn apa apa shj yg telah dikurniakan Allah swt sehingga kini dan berdoa semoga Allah memberkati dan merahmati kerja kerja saya seterusnya sehingga ke akhir hayat dan seterusnya dikira sbg amal jariah saya yg akan menjadi pemberat amal di akhirat nanti. InsyaAllah

Thursday, October 8, 2009

Pengimarahan Masjid

Sejak berpindah ke Taman Senai Utama pada 1998 dari Bandar Baru Uda (tinggal di BBU 1989 - 1998)saya telah terlibat sbg AJK Masjid Jamek Bandar Senai sbg Bendahari dan kemudian sbg Ketua Biro Rakan Muda sehingga sekarang. Tugas utama AJK masjid adalah untuk menggerakkan pelbagai aktiviti/ mengimarahkan masjid sepanjang tahun.

Cabaran paling besar sbg AJK Masjid adalah bagaimanakah kita(termasuk Imam,Bilal, Siak dan semua AJK) dpt bergerak sbg satu pasukan, bekerja dgn gigih,ikhlas dsbnya untuk menjadikan masjid sbg satu institusi/pusat yg menarik tumpuan/perhatian masyarakat/qariah Senai khususnya bukan shj untuk beramal ibadat yg fardhu tetapi yg paling mencabar sekali adalah untuk menjadikan masjid sbg pusat utama aktiviti kemasyarakatan yg lain (spr ceramah, kelas pengajian Al Quran, hadis, sirah,fiqah, kelas bimbingan akademik, gotong royong dsb)sesuai dgn peranan dan falsafah masjid ketika Rasullullah saw dulu dan bukannya hanya sbg satu juzuk penggiran shj spr sekarang ini. Dengan izin Allah swt, inilah hasrat dan sumbangan saya yg tidak sepertinya sehingga akhir hayat, InsyAllah.

Tuesday, October 6, 2009

Tugas sbg Timbalan Pengerusi Lembaga Pengelola Hidayah (LPH)

Hari ini 7/10/09 adalah kali kedua saya mempengerusikan msyt pengurusan sekolah SRIH dan SMIH ( setiap 2 minggu sekali) menggantikan pengerusi Prof Dr Noor Azlan yg mula sibuk dgn tugas barunya sbg ketua jabatan di UTM. Mesyuarat ini biasanya mengambil masa lebih kurang 2 jam membincangkan pelbagai masalah dan hal berkaitan operasi harian sekolah spr isu disiplin pelajar, masalah guru, kemudahan sekolah, pentadbiran am sekolah dsbnya sbg pelengkap kpd msyt LPH yg diadakan sebulan sekali. Masalah yg lebih besar spr hal pembangunan sekolah, polisi/dasar/skim perkhidmatan,hubungan luar dsbnya ditangani oleh Lembaga Pemegang Amanah yg dipengerusikan oleh Prof Dr Azlan Abd Rahman.

Dgn izin Allah swt kerja sukarela ini telah dpt saya tunaikan, sedar tak sedar, telah menjangkau lebih kurang 17 thn sejak kembali dari melanjutkan pelajaran di UK pada thn 1992 dulu. Kerja ini walaupun kadangkala agak mencabar dari segi masa dan komitmen tetapi saya sentiasa berdoa semoga Allah memberikan kekuatan dan merestui sedikit amal jihad saya ini dlm membantu memperkasakan pendidikan Islam/tarbiyah Islamiah bagi melahirkan jenerasi anak anak soleh wa musleh dimasa depan yg seterusnya akan mewarisi perjuangan menegakkan syariat Islam di negara ini nanti. InsyAllah

Monday, October 5, 2009

Cuti sabatikal

Pada 1/10/2009 saya mendaftar semula bertugas setelah tamat menjalani cuti sabatikal selama 9 bulan iaitu dari 1/1/09 - 30/9/09 (kebetulan sebaik shj pulang dari menunaikan fardhu haji). Inilah peluang yg sgt berharga di berikan oleh UTM setelah saya bertugas lebih kurang 28 tahun dan selepas tamat tempoh bertugas sbg Timbalan Dekan (Pembangunan) Fakulti Pendidikan selama 6 thn (ini adalah antara yg terlama - 3kali lantikan setiap 2 thn !). Walaupun saya bertugas spr biasa, menyelia projek/tesis pelajar, menghadiri mesyuarat yg penting dsbnya, tetapi saya telah diberi pelepasan mengajar, yg sebelum ini memerlukan bagitu byk masa dan tumpuan.

Alhamdullilah dlm masa cuti sabatikal ini, saya telah dapat merangka penulisan buku berjudul "pemikiran matematik dan amalan" yg ditulis bersama pelajar sarjana saya yg juga seorang guru matematik sek menengah. Penulisan ini cuba menggabungkan aspek teori dan praktikal agar buku ini menjadi lebih bermakna lagi kpd pembacanya.

Saya telah berbincang dgn pihak DBP (pernah menerbitkan buku teks matematik KBSM 1989dulu bersama rakan rakan lain) dan pihak Penerbit UTM ( juga bersama penulis lain telah menerbitkan buku Diagnostik dan Pemulihan Matematik, 2005 - buku ini Alhamdulillah telah di anugerahkan hadiah saguhati buku karya asli terbaik oleh UTM dan Persatuan Matematik Malaysia (PERSAMA) untuk diterbitkan dgn salah satu penerbit tersebut pada awal thn 2010 nanti, InsyaAllah.

Bengkel PTK dan implikasinya

Pada 2-4 okt 2009 bertempat di Hotel Mahkota, Melaka telah diadakan satu bengkel penyemakan semula program PTK UTM bagi semua tahap perkhidmatan akademik dan non akademik staf UTM. Saya juga terlibat dlm perancangan awal pada 6/7 tahun lepas dihotel yg sama dan seterusnya mengajar beberapa kumpulan staf akademik bagi kursus jaminan kualiti dan rekabentuk&pembangunan kurikulum.

Berdasarkan pengalaman mengajar itu saya mencadangkan agar penambaikan dilakukan dalam pengendalian kursus masa depan supaya berbentuk " continuos professional development"(CPD)spr yg telah dijalankan di USM dan juga terkenal diluar negara spr di USA dlm program CPD bagi sektor perguruannya.Dlm CPD kursus diadakan secara berterusan,tidak hanya terhad kpd 3/4 tahap kecekapan spr skg (TK1-TK6).

Sayangnya,kata ketua PTK UTM ,walau pun cadangan itu sgt baik tetapi pelaksanaannya sgt sukar dan leceh/rumit- UTM kena rancang dan adakan kursus spr tak berkesudahan.
Tetapi utk menjadi organisasi yg cemerlang inilah sepatut caranya.

Saya agak kecewa tapi apa boleh buat kawan kawan lain pun nampak macam tak sokong shj kecuali saorang Prof Madya nampak macam sokong sedikit cadangan saya. Tapi tak pa lah kita senang ikut majoriti shj.

Monday, September 28, 2009

Penjuru penjuru Islam

Tertarik dgn anologi bahawa Islam itu umpama sebuah rumah yg ada banyak penjurunya yg perlu dijaga dan dikawal daripada pencerubuhan musuh. Dalam konteks di Malaysia umpamanya parti PAS menjaga penjuru dakwah dan tarbiah siasah/politik/pemerintahan, NGO pula spr ABIM menjaga dakwah dan tarbiah terutamanya kpd para belia dan remaja,JIM pula menjaga dakwah dan tarbiah terutamanya kpd golongan elit dan professional,ISMA menjaga dakwah dan tarbiah terutamanya kpd masyarakat umum. Tiap tiap satu mempunyai niche area masing masing yg perlu diperkasakan!

Monday, September 21, 2009

Eid Mubarak dan sambutan istimewa di kg Tebing

Sambutan eid mubarak di kg Tebing, Hosba, Jitra, Kedah, kg kelahiran saya dan isteri pada tahun ini sgt istimewa. Selepas solat hari raya satu majlis (atas inisiatif imam surau yg juga sepupu saya, Hj Abdullah Hashim)diadakan bagi meraikan 3 org anak kg yg berjaya mencapai kejayaan akedemik yg agak cemerlang iaitu Dato' Prof Emeritus Dr Hj Mohd Yusuf Hassan (UPSI-bidang sastera), Prof Dr.Abd Razak Yaakob (UUM-teknologi maklumat) dan saya sendiri Prof Madya Dr Hj Md.Nor Bakar (UTM-pendidikan matematik).


Program ini baik kerana mungkin ia boleh memberi motivasi kpd anak anak kg yg lain utk mengikut jejak langkah kami bertiga dan mungkin lebih cemerlang lagi.

Sunday, September 13, 2009

Keyakinan umum terhadap pendidikan Islam

Pada 12/9/09 saya sbg Timbalan Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Islam Hidayah Johor telah ditugaskan memberi taklimat kpd ibu bapa baru murid tahun 1 Sek.Ren. Islam Hidayah sesi 2010. Jelaslah bahawa sambutan terhadap konsep pendidikan bersepadu Hidayah untuk melahirkan insan yg soleh lagi musleh telah mendapat sambutan yg sangat menggalakkan. Alhamdulillah. Permohonan lebih kurang 200 tetapi sekolah hanya mampu mengambil 180 shj - dgn sedihnya kita terpaksa menolak sekitar 20permohonan.

Diskusi Khas kesan pemansuhan PPSMI kpd IPTA

Pada 9/9/09 saya ditugaskan menjadi moderator perbincangan pro/con isu berkenaan di Dewan Senat UTM. Rata rata para peserta(pensyarah dan pelajar) bersetuju memperkasakan semula BM sbg bahasa pengajaran dan pembelajaran sains,matematik, kejuruteraan dsb di IPTA. Ini menjadikan BM berperanan semula sbg bahasa ilmu tinggi tanpa mengabaikan kepentingan BI sbg salah satu bahasa antarabangsa.

Friday, September 4, 2009

Asas asas pemikiran politik/siasah islam

Menurut Alias Othman(1991) terdapat 6 asas politik Islam yg menjadi dasar/tapak binaan kepada sesebuah kerajaan/negara Islam iaitu:

1. Al-Hakimiah - Kuasa menentukan hukum hanyalah bersumberkan kepada apa yg
telah ditentukan oleh Allah semata mata
2. Kebebasan - Islam menjamin kebebasan yg diperlukan oleh manusia demi
kesejahteraan dan kebahagian hidup secara individu dan bermasyarakat
3. Persamaan - Persamaan status antara manusia sebagai makhluk ciptaan Allah
4. Keadilan - Islam mementingkan prinsip keadilan untuk kedamaian hidup manusia
5. Kesatuan - Asas penting untuk membentuk umat Islam sejagat
6. Syura - Kepentingan amalan syura dlm segala aspek kehidupan manusia

Yakinlah bahawa hanya sistem pemerintahan Islam sahaja yg dapat menyelesaikan segala masalah manusia.

Tuesday, September 1, 2009

Kehidupan infiniti

Pada hakikatnya tidak ada kematian yg mutlak. Sebenarnya,yang ada hanyalah fasa fasa perjalanan dalam kehidupan yang infiniti yakni yang kekal abadi/tidak berkesudahan. Kematian hanyalah fasa kita meninggalkan dunia yg sementara ini. Dr Yusuf Al- Qardawi dalam bukunya kemanisan iman (edisi terjemahan tahun 2000 - saya petik dari buku Shahnon Ahmad, Setitis Embun Semarak Api, 2006) mengungkapkan dgn cantik sekali bhw

" Sesungguhnya kamu dijadikan untuk hidup selama-lamanya, cuma kamu berpindah dari satu kediaman ke satu kediaman. Mati itu hanyalah pengembaraan. Ia hanya perpindahan ke tempat kediaman yang abadi.Kematian bermakna keluar dari sangkar dan kulit tubuh badan menuju kehidupan barzakh,kemudian kembali hidup dihari kebangkitan dan bermulalah kehidupan."

Sunday, August 30, 2009

Dunia dan Akhirat : Kerja dan Ibadah

Dunia dan akhirat serta kerja dan ibadah adalah jalan yg satu dan juga tugas yg satu. Tidak ada pemisahan diantaranya, kedua duanya adalah jalan yg tunggal menuju kepada Allah.Tidak ada konsep satu untuk dunia dan satu lagi untuk akhirat.Kedua duanya sambung menyambung sebagai satu kontinuum. Oleh itu bekerjalah hingga akhir hayat malah walaupun kiamat hanya seketika nanti! Sesungguhnya maksud hadis Ar-Rasul saw bhw "Kamu tidak akan dipertanggungjawabkan dgn hasil sesuatu kerja tetapi kamu hanyalah disuruh bekerja. Curahkan segala tenagamu dan jangan difikirkan hasilnya."

Tuesday, August 25, 2009

Pentingnya Dakwah Fardhiyah

Demi kelangsungan dakwah dan amal jamae', dakwah fardhiyah adalah salah satu pendekatan/uslub terpenting, paling berkesan, paling kuat pengaruhnya dalam berdakwah
terhadap individu mad'u yang menjadi fokus tarbiah kita. Ianya dimulai dengan usaha menjalin hubungan dengan sesaorang yg berpotensi untuk tarbiah islamiah dan kemudian diikat dengan amal jamme'.

Monday, August 24, 2009

Program Tarbiah

Terdapat 5 program utama tarbiah yang perlu diikuti oleh sesaorang dae'

1. Usrah
2. Daurah/kursus
3 Katibah
4. Rehlah
5. Mukhayam

InsyAllah jika setiap program tersebut diikuti dengan bersungguh sungguh maka segala matlamat tarbiah akan tercapai.

Monday, August 17, 2009

Merakamkan cita cita/niat yang murni

Dalam program hari keluarga JIM Kulaijaya yang pertama kali diadakan pada 16/8/09 (Ahad) di Hutan Bandar IOI Kulai dengan dihadiri oleh lebih kurang 60/70 orang (termasuk ahli keluarga), presiden J/K protem JIM Kulaijaya, Uztaz Ajmain Safar telah mengingatkan bahawa sempena menyambut semarak ramadan tahun ini kita juga harus menyemarakkan usaha dakwah kita dengan cara setiap ahli JIM kawasan ini berusaha mendekati sekurangnya 4 bakal/calon maddu' baru dan mengajak mereka bergabung kedalam jemaah islam dan berjuang menegakkan syariah islam dinegara ini suatu hari nanti,InsyaAllah.

Sebelum bersurai kita sama sama berbincang mengenai bagaimana dapat diusahakan mencari/menyewa sebuah pejabat di sekitar rumah kedai belakang pejabat SAJ Kulai/Jab.Pendataran Negara Kulai untuk tujuan mengadakan pelbagai program dakwah anjuran JIM kulaijaya nanti. Semoga usaha murni kita dipermudahkan dan direstui Allah swt jua.

Thursday, August 13, 2009

Kepentingan Sabar dan Syukur

Di permulaan mesyuarat jabatan pada 12/8/09 saya telah diminta menyampaikan tazkirah selama 5 minit. Saya sengaja memilih tajuk mengenai kepentingan sabar dan syukur yang pada saya amat penting sekali difahami dan diamalkan serta saya percaya bagitu juga bagi orang lain.

Walaupun terdapat banyak sekali sifat sesaorang muslim yang baik tetapi saya cuma fokuskan kepada dua sahaja sifat utama iaitu sabar dan syukur yang secara peribadi saya cuba amalkan semampu yang boleh. Kedua duanya saling berkait rapat, satunya melengkapkan yang lain.

Dalam buku "Al Quran Meyuruh Kita Bersabar" oleh Prof Dr. Yusof Al-Qardawi(1994),telah dijelaskan bahawa sabar itu terbahagi kepada tiga jenis yang besar iaitu:

1. sabar terhadap musibah(dugaan/ujian/rintangan/bencana/kesulitan/kemalangan
dsb)yang menimpa diri kita.
2. sabar daripada melakukan maksiat (dorongan hawa nafsu/nahi mungkar)
3. sabar dalam melakukan suruhan/ketaatan kepada Allah(amal makruf)

Apabila sesaorang itu bersabar biasanya ia akan bersyukur. Menurut Abd Rukaini (2001) dlam bukunya "Akhlak membangun jati diri", orang yang menyedari dan mengakui nikmat Allah swt akan sentisa bersyukur dan tidak berlaku kufur terhadap nikmatNya.
Ini berdasarkan ayat dalam surah al-Nahl,16;114 yang bermaksud .."Dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata mata".

Besyukur itu boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu;

1. bersyukur dengan hati/amalan hati- hati sentiasa ingat kepada Allah swt
2. bersyukur dengan lisan- sentiasa berzikir mengingati Allah swt
3. bersyukur dengan amalan - sentiasa melakukan amalan baik (soleh) dan mengajak
kepada kebaikan (musleh)

Akhirnya orang yang bersabar dan bersyukur akan sentiasa memohon keredhaan Allah swt dalam segala tindak tanduknya dan ianya juga redha kepada ketentuan Allah swt keatas dirinya .Ini sesuai dengan maksud bahawa.."Allah redha akan mereka dan mereka pun redha akan Allah. Balasan sedemikian itu untuk orang yang takut kepada Tuhannya". (al-Baiyinah 98;8)

Sunday, August 9, 2009

Tahap Tarbiah

Menurut Imam Syahid Hassan Al Banna dlm Risalah Taa'limnya, bhw terdapat 3 fasa/tahap tarbiah yg perlu diikuti oleh sesaorang dae' yg berjaya:

1. Taa'rif - peringkat pengenalan dan pembentukan fikrah Islam yg benar dan sahih dari aspek aqidah,syariah dan akhlak serta memahami keperluan amal jamai'.

2. Takwim - peringkat kesanggupan menerima dan melaksanakan tugas tugas dakwah yg penuh dgn cabaran dan dugaan.

3. Tanfidz - peringkat keupayaan menanggung beban jihad dalam dakwah yg penuh dengan cobaan dan rintangan serta ujian yg berpanjangan.

Sama sama lah kita berusaha sedaya mampu dgn penuh ikhlas menjayakannya.

Tuesday, August 4, 2009

Keutamaan/Prioriti Tarbiah/Pendidikan

Berdasarkan Firman Allah dlm surah Al Baqarah ayat 151 yg bermaksud

"Sebagaimana Kami telah utuskan kpd kamu seorang Rasul (Muhammad), yg membacakan kepadamu ayat ayat Kami,membersihkan jiwa kamu, mengajarkan kamu kandungan al-kitab dan al-hikmah dan mengajarkan kamu apa apa yg kamu belum mengetahuinya",

jelaslah disini bhw prioriti/keutamaan pertama dlm proses tarbiah/pendidikan sesaorang adalah kpd aspek pembersihan jiwa(yakni dari amalan syirik dan maksiat),kemudian diikuti oleh pengajaran ilmu dan kebijaksanaan/intelektual serta seterusnya kpd proses mengajarkan cara cara beramal dengan ilmu tersebut.

Thursday, July 30, 2009

Ringkasan 10 wasiat Hassan Al Banna

Mari kita sama sama amalkan wasiat yg sangat baik ini:

1. Bila dengar azan segaralah bersolat
2. Bacalah Al Quran,carilah ilmu,atau berzikir-jgn membuang masa
3. Belajarlah bahasa Arab-ini satu syiar Islam
4. Elakkan berdebat/bertengkar kosong yg tidak ada sebarang kebaikan
5. Elakkan byk ketawa yg membutakan hati
6. Elakkan byk bergurau senda - perlu sentiasa bersungguh dan serius
7. Elakkan drp bercakap nyaring/kuat yg membosankan
8. Elakkan drp mengumpat peribadi/mengecam pertubuhan-cakap yg baik baik shj
9. Mulakan berkenalan atas dasar dakwah-bina ukhwah dan kasih sayang
10. Kewajipan/kerja amal lebih byk daripada masa yg ada!

Rukun berorganisasi yg baik

Cuba kita amalkan bersama rukun berorganisasi yg baik spr berikut:

1. Alfahmu (faham dgn sahih dan mendalam prinsip Islam)
2. Al Ikhlas
3. Al Amal
4. Al Jihad
5. Al Thadhiyah (pengorbanan)
6. Al Thaah
7. Al Tsabat (teguh/tetap pendirian)
8. Al Tajarrud(fikrah yg bersih secara total)
9. Al Ukhuwwah
10.Al Tsiqah

Wednesday, July 29, 2009

langkah langkah strategik

Bagaimana kita dapat sama sama membantu merealisasikan langkah langkah strategik berikut:

1. Pembangunan sumber manusia yg mantap
2. Kemampuan dana sehingga boleh "financially independent"
3. Memberikan public opinion leadership
4. mengwujudkan networking yg strategik
5. melaksanakan targated tajnid yg berkesan
6. penglibatan politik secara strategik
7. merancang dan melaksanakan penempatan strategik dlm semua bidang kepakaran
8. menjadikan negara yg melaksanakan syariah Islam secara tuntas

matlamat sistem islam

Matlamat sistem islam adalah berdasarkan keutamaan syariat iaitu memelihara dan
mengembangkan:

1. deen
2. nyawa
3. keturunan
4. akal
5. harta

Sunday, July 5, 2009

Kesudahan kehidupan

Dalam islam hidup di bumi ini hanyalah sementara sahaja, selepas mati manusia akan dibangkitkan untuk menghadapi pertanggungjawaban dan kehidupan yang berkekalan...

"kemudian kepada Tuhanmulah kembali mu lalu Dia memberitakan kepadamu apa yang kamu kerjakan" Az-Zumar:7

Doa pembuka ilmu pengetahuan


"Ya Allah lapangkanlah dadaku(urusanku) dan lancarkanlah lidahku agar mereka faham pembicaraanku"

Mencari Bekalan....



Assalamualaikum...
..salam perkenalan semua...niat membina blog ni pada hampir usia emas ini satu saje iaitu hendak mencari keredhaaan Allah dalam kerja-kerja akhir bermusafir...sebagai bekal untuk alam akhirat, kalau ada rakan-rakan diluar sana ingin memberi sebarang input silakanlah....kita berkongsi idea dan seterusnya kita usahakan bersama.Rasa masa sangat suntuk untuk kita berkhayal-khayal dengan perkara yang lagha...wallahulam