Total Pageviews

Wednesday, June 23, 2010

PELANCARAN IKRAM

Pada 20 jun 2010 saya sekeluarga (isteri Hamidah Musa, Nazifah, Irfan dan Nadiah)telah dapat bersama sama dgn lebih ribu peserta lain dari seluruh negara menghadiri hari yang amat bersejarah iaitu pelancaran sebuah badan NGO dakwah dan tarbiah yg dikenali sbg Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) di The Mines Convention Center, Sri Kembangan, Selangor.

Dengan adanya badan dakwah begini, saya berdoa semoga saya,isteri dan semua anak anak saya Abd Rahman, Fuad, Nazifah, Huzaifah, Irfan dan Nadiah dapat menggunakan wadah/platform ini untuk menyumbang bakti dalam bentuk tenaga,kebolehan, kepakaran, masa, wang ringgit dsb untuk sama sama berusaha, berganding bahu dan berjuang dalam pelbagai medan dakwah dan tarbiah sehingga tertegaklah cara hidup Islam dan seterusnya syariah Islam di negara ini.

Semoga Allah swt memberkati dan meredhai segala niat dan usaha kita semua. InsyaAllah

Tuesday, June 8, 2010

DEMO PROTES KEGANASAN ISRAEL

Pada 4 Jun 2010(jumaat) saya telah berpeluang menyertai rombongan dari Johor menghadiri demontrasi beribu ribu rakyat Malaysia dihadapan kedutaan Amerika Syarikat di KL bagi memprotes keganasan rejim Israel terhadap rakyat Pelastin. Kami bertolak awal pagi dari Kulaijaya, parking kereta di stesyen LRT Serdang, naik LRT ke KL Sentral,tukar lagi ke KLCC, terus ke Masjid KLCC dan sampai sekitar 12 tgh.

Tak disangka sangka kami dapat mendengar satu ceramah yg sangat bernas oleh Dr Kamaruzaman dari UKM mengenai sejarah perjuangan rakyat Palestin sebelum solat jumaat dan beliau akhiri ceramahnya dgn menyeru semua jemaah menyertai demo selepas solat nanti. Lebih menarik lagi khutbah jumaat pun berfokuskan isu Palestin juga.

Ini telah menambahkan lagi semangat kami untuk cepat cepat menyertai demo selepas itu.Sebaik sahaja selesai solat kami terus bergegas ke hadapan kedutaan USA dan terus join already a big croud yg lantang melaungkan slogan anti Israel dan Amerika.

Tujuan saya menyertai demo ini adalah jelas

1. Untuk menyatakan/menzahirkan rasa marah saya terhadap keganasan Israel menindas rakyat Palestin sejak sekian lama. Dengan menyertai demo ini seolah seolah saya ingin mendaftar/register diri saya kpd Allah swt bahawa walaupun saya tidak mampu lagi menyertai rombongan ke Gaza spr Uztaz Hasanuddin Yunus (pengerusi AQSA SYARIF)dll, tetapi saya berharap dan berdoa agar Allah swt menerima dan meredoi usaha/amal saya yg kecil dan tak seberapa ini serta mudah mudahan memberatkan timbangan amal saya di akhirat kelak.

2. Dengan menyertai kumpulan orang Islam yg ramai ini kita telah cuba sedikit sebanyak menggentarkan/menggerunkan hati musuh Islam terutamanya Amerika Syarikat, Israel dan semua sekutunya bahawa sebarang tindakan jahat dan kejam mereka thd rakyat palestin dan thd org/kumpulan/organisasi sukarelawan yg memberi bantuan kemanusiaan itu akan ditentang oleh kita semua umat Islam diseluruh dunia.

Semoga Allah swt memberkati kita semua dalam terus beristiqamah membantu membebaskan Palestin dan masjid al-Aqsa daripada cengkaman Yahudi laknatullah. insyAllah.