Total Pageviews

Friday, February 26, 2010

Halatuju Universiti

Akhi OY telah memulakan bicara, baik sekali concernnya itu. Ana pun terfikir lama juga tapi teragak agak nak cakap sebab rasa diri pun taklah secemerlang mana. Ana pun rasa begitu selepas bekerja di UTM( banyaknya mengajar pelbagai level, mentadbir total 8 thn, menyelia projek/tesis, sedikit sangat reseach dan penulisan) dah hampir 30 thn, sejak pimpinan baru ni ana rasa agak kelainan banyak wawasannya dan cemas juga dgn beberapa idea dasar beliau misalnya anologi beliau, kita buat pisau harga 500 ringgit satu berkualiti tinggi, sedikit shj yg mampu beli, untung besar, rather than buat banyak pisau harga 5 ringgit satu, tak ada/rendah kualiti, ramai mampu beli, untung sedikit ; student datang ramai tapi belanja 2/3 ratus per sem berbanding 10/20 K per sem, mana lebih baik? seperti mana disebut dalam taklimat bulanan yg agak konsisten pegangannya - ana yakin ramai juga kawan di UTM ni setuju dgn line of thinking begini..dan tengah realigned betul betul dgn style of action ini - for the good or the bad, tapi rasa cemas itu agak kurang bila memikirkan ana dah nak pencen dah, kalau ada umur 3thn lebih sikit ke 58, tetapi bila memikirkan nak buat sedikit pecutan terakhir rasa bertanggungjawab pula . Memang sbg org muda yg energetik beliau (spr juga ramai org yg bercita cita nak maju dlm kerjayanya) perlu realigned kerjanya dgn visi org no1 negara dgn KPI, NKRA dsb dan untuk masa depannya yg masih jauh lagi.

Barangkali itulah natijah kerja makan gaji macam kita ni. Teringat pesan Al Banna inilah masalahnya/dilemmanya kerja makan gaji, lebih lebih lagi yg gaji agak besar dan jawatan agak tinggi,kalau tak ikut macam mana pula. Tapi bila teringat pula ancaman Allah dan hadis Nabi yg mengingatkan kita bahawa mengikut pemimpin kalau tak kena gayanya boleh membawa kita ke neraka, nauzubillah, seram pula bulu roma dibuatnya.

Walaupun sebenarnya kita dibawah ini tak boleh ubah apa apa banyak (kecuali sesiapa yg bekerja dekat dgn beliau, tentu boleh pengaruhi pandangannya sedikit sebanyak-kita biasanya dengar taklimat shj), sebab lumrahnya pimpinan no1 sesebuah organisasi yg akan banyak mewarnai/mencorak budaya kerja seluruh organisasinya.

Tapi pada pandangan ana tapak yg mula dibuat oleh beliau, sebenarnya (mungkin patut dari dulu lagi -tapi mungkin keutamaan dulu lain - nak melahirkan ramai jurutera bumiputra dsb yg lebih urgent) itulah peranan universiti yg ideal (dari segi penerbitan, penyelidikan khususnya) walaupun setengah yg lain agak sangat ambitious, misalnya nak nisbah pensyarah pelajar 1:2 spr Harvard( yg sejarah dan visinya bagaimana pula) (ketika ini UTM 1:10) -apa kesannya, berapa ramai pensyarah yg perlu diambil, undergrad dikurangkan, kesan latihan kpd org Melayu/Islam dsb, kos pendidikan (dgn tajaan kerajaan mula berkurang by 37 % dlm budget 2010)? create spin - off companies drp 20 pada 2010 ke 100 pada 2013 ( 80 dlm masa 3 thn!!) apa kesannya -tentulah banyak sekali, kena bincangkan. Kalau nak capai macam mana?, budaya kerja pensyarah bagaimana? kalau tak capai macam mana pula?dan pelbagai related issues yg sangat kompleks.

Itu belum cakap lagi isu dakwah dan tarbiyahnya, Islamnya nak bawa kemana? generasi bagaimana kita nak bentuk? Adakah Harvard, Cambridge yg kita tengah kejar ni bagaimana nak rak ni, ada fikir urusan tsb?

Rukun Tadhiyah

Ana ingin berkongsi sedikit ringkasan intipati ceramah utz Hasanuddin semalam yg ana rasa sangat baik dan berkesan sekali.

1. Pada tahun 1928, Imam Hassan Al Banna telah memperkenalkan rukun At Tadhiyah( pengorbanan) sbg rukun baiah ke 5 dalam IM.

2. Mengimbau kembali kisah pengorbanan besar oleh Nabi Ibrahim a.s dan oleh 2 sahabat Nabi iaitu Suhaib (mengembalikan hartanya kpd Quraish untuk berhijrah ke Madinah bersama Nabi) dan Dhomrah (walaupun lumpuh dan dikecualikan berhijrah tetapi selepas turun surah an-Nisa yg menyeru untuk berhijrah, beliau tetap mahu berhijrah...).

3. Tidak ada jihad tanpa pengorbanan dan pengorbanan itu datang dari hati masing masing serta very personal in nature. Hanya diri sendiri (dan Allah swt - my emphasis) shj yg tahu.

4. Perlu kita ambil semangat gabungan tiga masjid ie Masjidil Haram ( berlazat lazat dgn Allah swt), Masjid Nabawi ( menegakkan syariat dan sunnah Nabi ) dan Masjidil Aqsa ( kemuncak segala pengorbanan) dlm perjuangan dakwah kita, sebab jika tidak, ia hanya jadi bahan perbincangan akademik dan intelektual shj.

5. Jika sesaorang hendakkan sesuatu di dunia ini dan ia dapat semuanya, itu tanda ia akan ke neraka (nau'zubillah)
tetapi sebaliknya jika sesaorang hendakkan sesuatu tetapi ianya tidak dapat, itu tandanya ia akan ke syurga (insyaAllah).

6. Tadhiyah yg paling mudah untuk dilakukan oleh sesaorang individu ialah dgn banyak berpuasa dan banyak bersolat malam.

7. Akhirnya uzt membawa kisah pengorbanan Mus'ab Ibn Umair (drp seorang yg kaya sebelumnya tetapi mati syahid dlm keadaan yg amat miskin) yg telah membantu Nabi ketika berhijrah ke Madinah.


Sekian semoga bermanfaat. Jzkk sekali lagi uztz.

Rukun Tajarud

Alhamdullilah selepas mendengar kuliah uzt Fuaad mengenai tajarrud
dalam katibah semalam (12/1/2010)dan ulasan sahabat sahabat semua, jelaslah
sekali pentingnya rukun tajarrud atau kuatnya jatidiri/integriti kita
dalam kerja kerja dakwah ini. Dengan kukuhnya tajarrud ini bererti
kita telah membebaskan diri kita dari sebarang
fahaman/aliran/pendekatan lain yg biasanya lebih mementingkan matlamat
mengejar kepentingan dunia dan kesenangan dunia, sebaliknya kita hanya
bertekad bersungguh sungguh memperjuangkan dakwah ini dengan
mengharapkan bantuan, ganjaran dan keredaan Allah swt semata mata.
Jzkk uztaz.

Aktiviti JIM Kulai Jaya

Alhamdulillah semalam 22/2/2010 bertempat dirumah akh Dr Ismail Mat Amin Tmn Senai Utama, kami telah dapat mengadakan MAD JIM Kulai Jaya dgn memilih barisan AJK baru yg diketuai oleh Uzt Ajmain Safar. Uzt telah mengingatkan/menyoal/menyeru kami tentang beberapa perkara penting spr berikut:

1. Adakah kita orang yg berkerja dan berbakti untuk Islam ? sentiasa berlumba lumba dlm urusan akhirat? kerana org yg paling hampir dgn Allah swt ialah mereka yg paling memberi menfaat kpd org lain.

2. Sesaorang dae' tidak pernah kenal penat lelah, tidak ada waktu istirehat atau bermalas malas . Mereka sentiasa mencari kesenangan akhirat melalui kelelahan kerja amal didunia.

3. Kalau hidup kita tidak disibukkan dgn kerja atau urusan yg besar natijahnya kpd Islam kita pasti disibukkan pula dgn pelbagai urusan kecil dan remeh temeh yg tidak bermenfaat yg lain.

4. Jawatan dlm organisasi hanyalah formaliti shj, amal yg ikhlas adalah ukuran sebenarnya.

5. Marilah kita jadikan penggabungan kita dlm J ini sbg satu laluan/platform/medan untuk kita sama sama menggerakkan kerja dakwah secara berorganisasi dan terancang khususnya di Kulai Jaya ini, InsyaAllah.

Wednesday, February 10, 2010

Penilai Agensi kelayakan Malaysia(MQA)

Tanpa disangka sangka dua tiga lepas saya telah menerima sepucuk surat dari Ketua Eksekutif MQA Dato' Dr. Syed Ahmad Hussein bertarikh 29/1/10 melantik saya sbg ahli panel penilai bidang pendidikan bagi tempoh tiga tahun. Tanggungjawab ini adalah sbg penilai program akademik IPTA/IPTS termasuk memantau perjalanan program, kemudahan pendidikan yg ditawarkan samada mematuhi atau tidak standard kualiti yg telah ditetapkan. Saya pun tidak pasti siapakah yg mencadangkan nama saya, cuma saya terfikir kemungkinan besar oleh Pengarah Kualiti Akademik UTM Prof Madya Dr Abd Samad Ismail yg nampaknya yakin dgn beberapa pengalaman saya selama ini dlm beberapa aktiviti dan J/Kuasa Kualiti di UTM.

InsyAllah saya akan cuba melaksanakan tugas yg berat dan mencabar ini sedaya upaya saya dan berharap pengalaman ini saya akan dapat tumpahkan untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan di Hidayah dan rangkaian MUSLEH yg lain. Moga diredai dan diberkati Allah swt jua.

Friday, February 5, 2010

Erti Hidup Pada Memberi

Tertarik dgn saranan uzt Hazrizal(Saifulislam.com) mengenai tajuk atau konsep diatas dlm program motivasi pagi TV3 sabtu lepas. Memang benar dan tepat sekali bahawa tugas kita dalam hidup didunia ini adalah pada memberi dalam berbagai bentuk dan konteksnya. Pemberian itu boleh berupa wang ringgit, harta benda, masa, tenaga, buah fikiran, pertolongan, dakwah, tunjuk ajar, bimbingan dsbnya kepada berbagai pihak spr ibu bapa, keluarga, masyarakat, negara, agama, jemaah, organisasi, tempat kerja dsb. Jika apa apa yg kita beri itu (seumpama spr saham) ikhlas, InsyAllah Allah swt akan mengiranya sbg pahala (seumpama spr dividen/keuntungan) untuk kita tuai atau kutip diakhirat nanti. Lebih banyak yg kita beri atau sumbangkan tentulah lebih banyak pula yg kita akan perolehi kelak. Kita hanya boleh memberi shj didunia ini, tidak boleh menuai.

Dari sudut itulah pentingnya kita bekerja dan terus bekerja atau berusaha dgn bersungguh sungguh sedaya upaya kita dalam apa apa peluang dan kesempatan yg ada supaya masa kita tidak terbuang bagitu shj sehingga kita terlepas peluang untuk memberi sesuatu khasnya kpd pihak yg sangat memerlukan pemberian kita pada ketika itu.

Semoga Allah swt membimbing dan mempermudahkan kita semua agar sentiasa memberi yg terbaik kpd kemajuan Islam sejagat. InsyAllah.

Thursday, February 4, 2010

Pengerusi JK Kualiti Fakulti Pendidikan

Mulai 1 feb 2010 sehingga 31 jan 2012 iaitu selama 2 thn saya telah diamanahkan sbg pengerusi JK kualiti yg bertanggunjawab meningkatkan semua aspek kualiti akademik dan pengurusan fakulti. Walaupun tanggungjawab ini agak berat tetapi saya akan berusaha sedaya upaya untuk melaksanakannya InsyAllah. Pengalaman saya terlibat dlm pelbagai JK kualiti peringkat fakulti dan universiti selama ini spr AJK ISO 9001:2000,pengerusi Anugerah Kualiti Naib Canselor(AKNC)fakulti(FP muncul sbg johan UTM 2003), AJK panel AKNC UTM, pengerusi JK pelaksanaan 5S fakulti,juruaudit dalam APA (Audit prestasi Akademik)fakulti/UTM dan sbg auditi APA oleh penilai luar telah sedikit sebanyak memperkayakan pengalaman saya untuk mengetuai JK kualiti ini.

Semoga pengalaman ini saya akan dapat gunakan untuk membantu kearah peningkatan kualiti sekolah SRIH dan SMIH serta semua sekolah dlm rangkaian MUSLEH, insyaAllah.
Saya sentiasa berdoa kehadrat Allah swt agar menerima sedikit amalan baik saya ini sebagai pemberat kpd timbangan amal diakhirat nanti. Ameen Ya Rabbal Alamin.