Total Pageviews

Thursday, December 24, 2009

Perginya seorang rakan sejawat

Hari ini 24/12/09 Khamis saya mendapat berita mengejut dan amat menyedihkan iaitu pulangnya ke rahmatullah Prof Madya Dr Mohd Khairi Saidin pensyarah Fizik,Fakulti Sains UTM. Saya sering berseloroh dan berbual bual dengannya ketika berjalan balik drp solat zohor dan asar di masjid UTM. Beliau seorang yg mudah bergaul dan disenangi ramai dgn sifatnya yg suka bertegur sapa dan banyak tersenyum. Lebih lebih lagi kami hampir sebaya dan telah berkenalan lebih kurang 30 thn sejak sama sama mula bertugas di UTM pada awal tahun 80'an dulu.

Selepas balik dari tanah perkuburan Alif di Tampoi, Johor Bahru tadi, saya terfikir fikir dan bermuhasabah diri bahawa apalah ertinya sangat hidup ini jika dalam masa tugas kita (khususnya bagi diri saya sendiri) yg rata ratanya sekitar 30/40 thn itu kita tidak dapat memberikan sumbangan yg semaksimum mungkin kpd kepentingan dan perkembangan Islam. Alangkah ruginya masa yg Allah kurniakan kpd kita.

Semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas roh sahabat saya ini. Ameen

Friday, December 18, 2009

Problem Posing/Pengutaraan Masalah

Mulai semester lepas (sem 1,sesi 09/10)saya mula menyelia pelajar bernama Ilfi Norman bagi menyiapkan tesis Ph.D berkaitan aktiviti problem posing dalam kalangan pelajar matematik sek men. Tajuk ini dipilih kerana trend terkini di seluruh dunia bukan lagi terhad kpd kemahiran problem solving shj tetapi lebih kpd kemahiran yg lebih kreatif iaitu problem posing. Berdasarkan sesuatu situasi bermasalah biasanya berkait dgn konteks sebenar dlm kehidupan seharian, pelajar digalakkan mengutarakan sendiri/mengenal pasti masalah itu, apa yg hendak dicari dsb dan seterusnya menyelasaikan masalah berkenaan. Ini adalah tesis Ph.D kedua dibawah seliaan saya selepas tesis pertama mengenai masalah pembelajaran tajuk pecahan yg berjaya diperolehi oleh Pn Suhaidah Tahir pada tahun 2006 yg lepas.

Alhamdulillah setelah tamat semester pertama itu Ilfi dan saya telah berjaya menulis artikel awal dan baru shj diterbitkan dalam Journal Pendidikan terbitan Fakulti Pendidikan UTM bertajuk Problem posing activities amongst secondary school students.

Semoga dgn izin Allah swt kajian ini akan berjalan dgn lancar dan berjaya ditamatkan dlm tempoh tiga tahun seperti yg ditentukan.

Wednesday, December 9, 2009

Erti mendapat Ph.D


Ketika di sek men lagi saya telah berangan angan meraih ijazah akademik tertinggi iaitu Ph.D suatu hari nanti.Saya pun tidak tahu entah kenapa? Lantaran itu saya sering menulis nama saya dlm kertas/buku nota peribadi dgn ijazah sarjana dan Ph.D.Selepas graduate dgn BSc pada 1979/80 dari UM, saya mengajar di sek Men Pulau Nyior, Jitra, Kedah dan tinggal bersama emak ayah dikampung berhampiran dgn sek tersebut.
Kalau diikutkan memang itulah yg menjadi hajat ramai orang, iaitu berkerja dikampung halaman, hidup agak selesa dgn pendapatan yg agak lumayan iaitu dgn gaji permulaan RM 1060 sebulan, harga barangan pun agak murah, hidup "slow life"/banyak masa rehat/lapang. Tetapi rupanya saya ini "agak pelik", org skg kata thinking outside the box, saya rasa cepat bosan hidup secara rutin yg tidak mencabar begitu. Lalu selepas hampir setahun mengajar matematik disitu, saya merasa sangat bosan untuk mengajar perkara yg sama thn hadapan dan seterusnya, maka oleh sebab itu saya mengambil keputusan mencari kerja lain.
Dgn takdir Allah swt pada thn 1981 saya telah diterima bekerja sbg penolong pensyarah di UTM KL dan seterusnya berpeluang melanjutkan pelajaran dua kali ke England. Alhamdulillah walau pun kerja agak sibuk dan mencabar tetapi saya rasa tidak banyak masalah disebabkan saya berminat dgn suasana kerja yg agak dinamik dgn dpt menimba ilmu dan pengalaman baru dsb.

Selepas bertungkus lumus belajar dan menyiapkan tesis di University of warwick pada thn 1991 barulah saya saya faham bahawa memperolehi Ph.D ini bererti kita telah memberi sumbangan yg dipanggil " significant and original contribution to the development of knowledge" dlm bidang yg kita ceburi, dlm hal ini, bidang saya adalah pendidikan matematik atau lebih khusus lagi dlm tajuk/sub-bidang " learning problems in mathematical functions among secondary school students in England and Malaysia"- satu kajian perbandingan yg agak mendalam.

Tetapi pada hakikatnya mendapat Ph.D hanyalah diibaratkan sbg mendapat suatu "kunci besar" untuk terus menerokai ilmu yang maha luas itu. Hanya Allah swt lah yg mengetahui segalanya.

Tuesday, December 8, 2009

Great teacher inspires


Secara kebetulan kelmarin saya bertemu dan berbual bual dengan seorang pensyarah matematik kisah nostalgik ketika kami belajar di Fakulti Sains,Universiti Malaya sekitar tahun 1975-1980 tentang suasana belajar, kaedah belajar, kepelbagaian stail syarahan pensyarah, masalah belajar dsb. Rata ratanya kami bersetuju bahawa setelah lebih kurang 30 thn berlalu keadaan pembelajaran di universiti sudah banyak berubah samaada kearah kebaikan atau pun sebaliknya.

Satu perkara yg saya sering teringat ialah tentang ketokohan seorang Prof yg saya rasa amat sukar dicari ganti dan sangat memberi kesan kpd saya secara peribadi dan saya percaya kpd pelajar lain juga ialah Prof Syed Muhammad Naguib Al-Attas yg mengajar kami subjek umum universiti iaitu Falsafah Sains pada tahun 2/3 pengajian. Saya sering tertunggu tunggu untuk mendengar kuliahnya kerana kagum dgn keluasan dan kedalaman ilmunya dan cara kupasan kuliahnya yg sentiasa mencetuskan pemikiran baru tentang sesuatu konsep/idea (ketika itulah saya kenal antara lain konsep islamisasi ilmu,konsep adab,kesepaduan ilmu,makna pendidikan dsb) yg dibincangkan selepas setiap kali tamat kuliahnya. Sejak itu sehingga ke hari ini boleh dikatakan saya tidak pernah/belum lagi dapat mengikuti kuliah( mahupun memberi kuliah)sebaik itu walaupun dari para profesor yg sangat ramai pada masa kini.

Benarlah kata pepatah, good teacher explains but great teacher inspires...
Semoga Allah sentiasa memberkatinya.

Sepuluh wasiat yang sentiasa ampuh


Imam As-Syahid Hasan Al-Banna telah mewasiatkan 10 perkara yg sentiasa ampuh dan relevan sepanjang masa untuk diamalkan oleh setiap muslim sejati:
1. Apabila saudara mendengar azan, segaralah bangun bersolat serta merta walau bagaimana keadaan saudara sekalipun.
2. Bacalah Al-Qur'an atau tatapilah ilmu atau pergilah mendengar perkara yg baik atau berzikir.Janganlah sama sekali membuang masa dalam perkara sia-sia.
3. Berusahalah sedaya upaya bertutur dalam Bahasa Arab fusha kerana ia merupakan salah satu syiar Islam.
4. janganlah banyak berdebat dalam apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan sebarang kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yg sentiasa berhubung dgn Allah sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Saudara janganlah bergurau kerana umat yg berjihad sentiasa bersungguh dan serius dalam setiap perkara.
7. Janganlah saudara bercakap lebih nyaring drp kadar yg dikehendaki oleh pendengar kerana ia menjemukan dan boleh menyakiti pendengar.
8. Jauhilah dari mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan perkara yg mendatangkan kebaikan.
9. Berkenalanlah dgn setiap rakan yg saudara tidak diminta berbuat demikian kerana asas dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenalan.
10. Kewajipan lebih banyak dari waktu. Oleh itu bantulah rakanmu memanfaatkan waktu mereka dan jika saudara berurusan maka singkatkanlah masa pelaksanaannya.

Marilah kita sama sama mengamalkannya sedaya mungkin. InsyaAllah

Sunday, December 6, 2009

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu/Akademik Di Universiti?


Rata ratanya para pentadbir dan pensyarah universiti pada masa kini sering menggunakan hampir 100% secara tulisannya dalam bahasa Inggeris walau pun dalam pengucapannya di selang seli dgn bahasa Melayu, timbul satu persoalan kpd saya mampukah BM berfungsi sebagai bahasa ilmu/akademik di universiti? khususnya dalan bidang sains dan teknologi seperti di UTM ini. Nampaknya BI digunakan untuk mengungkapkan perkara/idea/konsep yang serious/berat/rumit/kompleks manakala BM digunakan untuk menjelaskan semula idea berkaitan atau menyatakan perkara yg ringan dan kadangkala untuk tujuan berjenaka sahaja.
Pada sekitar tahun 1984/85 saya terlibat sedikit sebanyak dalam AJK pembinaan istilah BM(dgn DBP)untuk bidang pendidikan matematik. Pengalaman yang sedikit itu telah meyakinkan saya bahawa BM berupaya mengungkapkan ilmu matematik dan mampu menjelaskan idea idea yg abstrak dalam bidang matematik itu. Di samping menyampaikan kuliah dalam BM sejak beberapa tahun yang lepas(sejak 1981-2005 tetapi atas arahan universiti mengajar dalam BI kpd pelajar sarjana bermula pada 2006 )dan menjadi penulis bersama buku teks matematik tingkatan 1 KBSM pada tahun 1989 yg ditulis sepenuhnya dalam BM dan baru baru ini terlibat dalam kajian mengenai PPSMI, saya tidak nampak sebarang masalah besar dlm pelaksanaan BM dalam bidang sains dan matematik ini.
Jelaslah bahawa persoalan mampu atau tidak mampunya BM berfungsi sbg bahasa ilmu/akademik terletak pada pendukung atau pengguna bahasa itu sendiri. Benarlah kata pepatah, kalau hendak seribu daya ,tak hendak seribu dalih. Mungkin kita secara tidak sedar terjebak dalam apa yg dipanggil "menjadi bangsa yg berjiwa hamba" mungkin buat selamanya!

Musleh dan Dong Jiao Zong


Dong Jiao Zong adalah sebuah pertubuhan NGO yang amat berpengaruh dalam menjaga dan memperjuangkan kepentingan pendidikan Cina (meliputi khususnya aspek bahasa dan budaya)kaum Cina di negara kita. Menurut seorang rakan bahawa orang Cina umumnya memberi sokongan teratas sekali kpd DJZ ini,kemudian kepada persatuan suku kaum/clan mereka selepas itu barulah kepada parti politik yg menjaga kepentingan mereka. Timbul persoalan bagaimana pula kepada orang Melayu/Islam ? Kalau kepada pertubuhan yg menjaga kepentingan pendidikan Melayu/Islam - pertubuhan apa? Kalau kpd clan/suku - pertubuhan apa pula? Kalau kpd pari politik yg menjaga kepentingan Melayu/Islam - parti apa?

Kalau sukar dijawab dgn pasti dua persoalan yg akhir itu barangkali persoalan pertama itu boleh dijawab dgn agak pasti buat masa ini iaitu Pendidikan SRI-SMI Sdn Bhd (MUSLEH) yg sedang mengendalikan lebih kurang 30 buah sekolah rendah dan menengah Islam swasta diseluruh negara (lebih kurang 13,000 pelajar) pada masa ini adalah pertubuhan yg agak besar dalam bidang pendidikan Islam ini. Nampaknya nama MUSLEH dan sekolah sekolah rangkaiannya mula mendapat perhatian/menambat hati mayarakat Islam dan Pengerusinya juga iaitu Uzt Megat Amin Megat Mohd Noor sering diminta memberi pandangan/ulasan tentang pelbagai isu berkaitan pendidikan Islam di Malaysia dari masa ke semasa.

Adalah diharapkan dgn sokongan semua pihak dan dgn izin Allah swt satu hari nanti MUSLEH ini boleh menjadi sebuah badan bebas yg berautoriti/berwibawa tentang pendidikan Islam kpd masyarakat Islam di negara ini spr mana peranan DJZ kpd masyarakat Cina. Dengan izin Allah swt saya sendiri akan turut menyumbang sedikit sebanyak tenaga, masa, buah fikiran dsb untuk memperkasakan Pendidikan Islam menerusi MUSLEH ini. Semoga Allah mempermudahkannya...InsyAllah.

Outcomes-Based Education dan Islam


Dalam seminggu dua ini saya berpengalaman menjadi pengajar PTK5 bagi calon Prof Madya UTM dan menjadi auditor prestasi akademik (APA) dua fakulti di UTM. Pengalaman ini menjadi lebih bermakna apabila saya dapat melihat perkaitan rapat antara OBE yang menjadi buzz word dan sangat popular dalam dunia pendidikan kini. Konsep OBE ini agak mudah sahaja iaitu fokus pendidikan adalah kepada pencapaian hasil pembelajaran iaitu akhirnya apa yang pelajar tahu dan dapat lakukan diakhir sesuatu pelajaran/pengajaran/kursus/program dsb. Yang dipentingkan adalah hasilnya berbanding dengan proses untuk mencapainya. Misalnya sebagai contoh diakhir suatu pengajaran pelajar mestilah dapat melakukan solat dengan betul,maka aktiviti pelajaran mestilah diarahkan kesitu - cara mengajarnya boleh fleksibel dan pelbagai mengikut jenis/kebolehan pelajar,tidak terlalu terikat tempoh masa yang diambil dsb yang penting hasil pembelajaran(HP)tercapai. Semua aktiviti P&P,sumber,pentaksiran dsb di strategize kan ke arah pencapaian HP yang telah ditentukan lebih awal. Ini menjadikan aktiviti P&P lebih berpusatkan pelajar dan penilaian berasaskan kriteria yg telah ditetapkan yg seterusnya dapat menjamin kualiti pendidikan dan latihan berkenaan.

Cuma spr konsep konsep lain, OBE ini walau pun dekat dengan pendekatan Islam tetapi orang orang Barat juga yang telah berjaya mendokumentasikannya dengan baik yang mudah untuk diamalkan oleh semua pihak.

Thursday, December 3, 2009

Bergerak ke depan menegakkan syariat Islam

Walau pun terdapat banyak pertubuhan/organisasi/jemaah yang mengaku berjuang menegakkan syariat Islam tetapi untuk berkesan pada jangka panjangnya kita perlulah bergabung dengan jemaah yang berbentuk global/alami yang berusaha untuk menegakkan syariat Islam diseluruh dunia yang melangkaui batas negara dan wilayah. Dalam hal ini tidak syak lagi bahawa pertubuhan Ikhwan Muslimun(IM)yang diasaskan oleh Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna di Mesir pada tahun 1928 memenuhi syarat berkenaan dengan rangkaiannya di lebih kurang 80 negara yang ada umat Islam diseluruh dunia. Di setiap negara tersebut hanya satu pertubuhan sahaja yang diiktirafnya setelah dipastikan bahawa pertubuhan berkenaan mengikut dengan rapat manhaj perjuangannya. Pertubuhan/jemaah lain boleh bergerak mengikut cara masing masing tetapi tidak terikat dengan sistem Ikhwan itu. Tetapi alangkah baik dan kuatnya jika semua tenaga umat Islam itu dapat disatukan dalam satu jemaah sahaja yang mempunyai pertalian dengan IM ini.

Pengiktirafan itu penting kerana secara praktikalnya IM boleh "strategize" kan secara bersepadu gerak kerja pertubuhan khususnya dalam usaha memperkasakan dakwah dan tarbiyah disetiap negara berkenaan untuk menegakkan syariat Islam disetiap negara tadi dan seterusnya ke seluruh dunia yang akhirnya tunduk kepada hukum/perundangan Islam. Sedarlah bahawa dakwah akan tetap berjalan terus samaada dengan atau tanpa penyertaan kita. Allah swt akan mengantikan satu generasi dengan generasi yang lain untuk meneruskan kerja dakwah ini. Marilah kita sama sama mengikut jalan para nabi,para solihin,para siddiqin dan para syuhada yang ingin menjadi pendamping Rasulullah saw disyurga kelak. Ameen.