Total Pageviews

Tuesday, December 8, 2009

Sepuluh wasiat yang sentiasa ampuh


Imam As-Syahid Hasan Al-Banna telah mewasiatkan 10 perkara yg sentiasa ampuh dan relevan sepanjang masa untuk diamalkan oleh setiap muslim sejati:
1. Apabila saudara mendengar azan, segaralah bangun bersolat serta merta walau bagaimana keadaan saudara sekalipun.
2. Bacalah Al-Qur'an atau tatapilah ilmu atau pergilah mendengar perkara yg baik atau berzikir.Janganlah sama sekali membuang masa dalam perkara sia-sia.
3. Berusahalah sedaya upaya bertutur dalam Bahasa Arab fusha kerana ia merupakan salah satu syiar Islam.
4. janganlah banyak berdebat dalam apa perkara sekalipun kerana pertengkaran kosong tidak mendatangkan sebarang kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yg sentiasa berhubung dgn Allah sentiasa tenang lagi tenteram.
6. Saudara janganlah bergurau kerana umat yg berjihad sentiasa bersungguh dan serius dalam setiap perkara.
7. Janganlah saudara bercakap lebih nyaring drp kadar yg dikehendaki oleh pendengar kerana ia menjemukan dan boleh menyakiti pendengar.
8. Jauhilah dari mengumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan perkara yg mendatangkan kebaikan.
9. Berkenalanlah dgn setiap rakan yg saudara tidak diminta berbuat demikian kerana asas dakwah kita ialah berkasih sayang dan berkenalan.
10. Kewajipan lebih banyak dari waktu. Oleh itu bantulah rakanmu memanfaatkan waktu mereka dan jika saudara berurusan maka singkatkanlah masa pelaksanaannya.

Marilah kita sama sama mengamalkannya sedaya mungkin. InsyaAllah

No comments:

Post a Comment