Total Pageviews

Thursday, December 3, 2009

Bergerak ke depan menegakkan syariat Islam

Walau pun terdapat banyak pertubuhan/organisasi/jemaah yang mengaku berjuang menegakkan syariat Islam tetapi untuk berkesan pada jangka panjangnya kita perlulah bergabung dengan jemaah yang berbentuk global/alami yang berusaha untuk menegakkan syariat Islam diseluruh dunia yang melangkaui batas negara dan wilayah. Dalam hal ini tidak syak lagi bahawa pertubuhan Ikhwan Muslimun(IM)yang diasaskan oleh Imam Al-Syahid Hassan Al-Banna di Mesir pada tahun 1928 memenuhi syarat berkenaan dengan rangkaiannya di lebih kurang 80 negara yang ada umat Islam diseluruh dunia. Di setiap negara tersebut hanya satu pertubuhan sahaja yang diiktirafnya setelah dipastikan bahawa pertubuhan berkenaan mengikut dengan rapat manhaj perjuangannya. Pertubuhan/jemaah lain boleh bergerak mengikut cara masing masing tetapi tidak terikat dengan sistem Ikhwan itu. Tetapi alangkah baik dan kuatnya jika semua tenaga umat Islam itu dapat disatukan dalam satu jemaah sahaja yang mempunyai pertalian dengan IM ini.

Pengiktirafan itu penting kerana secara praktikalnya IM boleh "strategize" kan secara bersepadu gerak kerja pertubuhan khususnya dalam usaha memperkasakan dakwah dan tarbiyah disetiap negara berkenaan untuk menegakkan syariat Islam disetiap negara tadi dan seterusnya ke seluruh dunia yang akhirnya tunduk kepada hukum/perundangan Islam. Sedarlah bahawa dakwah akan tetap berjalan terus samaada dengan atau tanpa penyertaan kita. Allah swt akan mengantikan satu generasi dengan generasi yang lain untuk meneruskan kerja dakwah ini. Marilah kita sama sama mengikut jalan para nabi,para solihin,para siddiqin dan para syuhada yang ingin menjadi pendamping Rasulullah saw disyurga kelak. Ameen.

No comments:

Post a Comment