Total Pageviews

Tuesday, December 8, 2009

Great teacher inspires


Secara kebetulan kelmarin saya bertemu dan berbual bual dengan seorang pensyarah matematik kisah nostalgik ketika kami belajar di Fakulti Sains,Universiti Malaya sekitar tahun 1975-1980 tentang suasana belajar, kaedah belajar, kepelbagaian stail syarahan pensyarah, masalah belajar dsb. Rata ratanya kami bersetuju bahawa setelah lebih kurang 30 thn berlalu keadaan pembelajaran di universiti sudah banyak berubah samaada kearah kebaikan atau pun sebaliknya.

Satu perkara yg saya sering teringat ialah tentang ketokohan seorang Prof yg saya rasa amat sukar dicari ganti dan sangat memberi kesan kpd saya secara peribadi dan saya percaya kpd pelajar lain juga ialah Prof Syed Muhammad Naguib Al-Attas yg mengajar kami subjek umum universiti iaitu Falsafah Sains pada tahun 2/3 pengajian. Saya sering tertunggu tunggu untuk mendengar kuliahnya kerana kagum dgn keluasan dan kedalaman ilmunya dan cara kupasan kuliahnya yg sentiasa mencetuskan pemikiran baru tentang sesuatu konsep/idea (ketika itulah saya kenal antara lain konsep islamisasi ilmu,konsep adab,kesepaduan ilmu,makna pendidikan dsb) yg dibincangkan selepas setiap kali tamat kuliahnya. Sejak itu sehingga ke hari ini boleh dikatakan saya tidak pernah/belum lagi dapat mengikuti kuliah( mahupun memberi kuliah)sebaik itu walaupun dari para profesor yg sangat ramai pada masa kini.

Benarlah kata pepatah, good teacher explains but great teacher inspires...
Semoga Allah sentiasa memberkatinya.

1 comment:

  1. Assalamu'alaikum wrwb Prof,

    Saya adalah bekas anak murid Prof S Naquib juga. Semasa mula msk bljr di ISTAC saya perlu bersikap open-minded oleh krn dtng dr latar belakang tarbiyyah yg berbeza. Alhamdulillah, pemikiran Prof al-Attas n anak muridnya mengajar saya melihat bnyk perkara dr perspektif yg berbeza. Semuga lebih ramai lagi yg menekuni pemikirannya.

    ReplyDelete