Total Pageviews

Wednesday, September 15, 2010

IKRAM KULAIJAYA

Selepas pelancaran IKRAM peringkat nasional tempoh hari ,aktiviti peringkat negeri dan daerah diseluruh negara pun mula diatur dgn bebarapa panduan umum dari pihak AJK pusat.Diperingkat daerah Kulaijaya umpamanya kita AJK IKRAM KJ telah berjaya mendapatkan pejabat operasi yg agak selesa yg disewa berhadapan dgn Hospital Kulai. Lokasinya juga agak strategik, mudah dilawati dan terdapat kemudahan parking yg selesa.

Dengan sokongan semua ahli dan AJK, kita telah mengubahsuai pejabat tersebut dan mula mengadakan beberapa aktiviti berbentuk dakwah, tarbiah dan kebajikan untuk ahli dan masyarakat setempat seperti ceramah agama, majlis iftar bersama saudara baru dgn kerjasama Jabatan Agama/Pejabat Kadhi KJ dan iftar bersama beberapa NGO dan pihak media serta program usrah mingguan ahli. Disamping itu program yg dikenali sbg IKRAM Perihatin: Bingkisan Ramadhan dgn kerjasama beberapa masjid/surau telah diadakan untuk menyantuni anak anak yatim, ibu tunggal,fakir miskin dan saudara baru sekitar daerah KJ ini.

Semoga semua aktiviti ini dan pelbagai aktiviti lain yg akan dibuat dimasa depan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah swt dan dikira sebagai bekalan amal jariah kami semua diakhirat kelak.

IKRAM:UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN