Total Pageviews

Tuesday, August 16, 2011

MEMPERKASAKAN PROGRAM TARBIAH DI SEKOLAH HIDAYAH

Tujuan utama penubuhan Sekolah Islam Hidayah adalah untuk melahirkan insan rabbani yg soleh lagi musleh dan juga cemerlang pencapaian akademiknya. Namun begitu fokus yg kadangkala keterlaluan kpd pencapaian akademik dan kokurikulum seperti yg berlaku disekolah sekolah lain mungkin boleh menyebabkan kita terpengaruh dan secara tidak langsung mengurangkan tumpuan kita kpd matlamat asal kewujudan sek Hidayah itu sendiri.

Dalam usaha untuk memperkasakan lagi dan membuat proper alignment aspek tarbiah ini agar sejajar dgn falsafah asal sekolah kpd samaada guru mahu pun pelajar peringkat sek rend dan juga menengah, maka muzakarah guru guru dan lembaga pengelola sekolah (LPH) pada 14 0gos 2011 di pejabat IKRAM Johor yg lepas telah mengambil ketetapan asas (back to basics)berikut untuk dilaksanakan secara bersungguh sungguh oleh semua guru, pelajar dan juga staf sokongan sekolah.

1. memperkasakan amalan solat khususnysa solat berjemaah disekolah
2. menguasai bacaan Al-Qur'an dgn betul dan lancar
3. mengukuhkan bi'ah solehah di sekolah( mengamalkan adab dan akhlak mulia)
4. memantapkan program dan aktiviti tarbiah guru
dan pelajar (spr usrah,qiam, puasa sunat, tamrin, daurah, mukhaiyam dsb)

Semua perkara diatas adalah saling berkaitan dan perlu dilaksanakan secara bersepadu dan serentak oleh semua pihak disekolah.

Semoga segala amalan itu dipermudahkan dan diberkati oleh Allah swt.

Tuesday, August 2, 2011

10 SIFAT INDIVIDU MUSLIM YG BERJAYA

1. Aqidah sejahtera
2. Ibadah yg sahih
3. Akhlak yg mantap
4. Mampu bekerja
5. Berpengetahuan
6. Tubuh yg cergas
7. Mujahadah (menguasai diri)
8. Teratur urusannya
9. Sangat menghargai masa
10. Bermanfaat kpd org lain

Monday, July 25, 2011

CERAMAH KERJAYA OLEH IRDA DI HIDAYAH

Pada 23 julai 2011 pelajar pelajar SMIH sangat bertuah kerana dikunjungi sendiri Naib Presiden Kanan Perbadanan Pembangunan Wilayah Iskandar En Nor Hisham Husein untuk memberi taklimat mengenai prospek kerjaya yg menarik dlm pelbagai bidang dan sektor IRDA yg sedang berkembang pesat ketika ini.

Sebagai pengerusi LPH saya amat berterima kasih dgn kerjasama ini dan berharap jalinan hubungan ini dapat diteruskan lagi dimasa depan. Dalam ucapan aluan saya mengingatkan pelajar agar belajar bersungguh sungguh dan rebutlah peluang setelah tamat pengajian nanti untuk membina kerjaya mereka di IRDA ini. Tunjukkanlah akhlak yg baik,pekerja yg soleh lagi musleh yg merupakan trademark pelajar dan keluaran sekolah Islam ini.

En Nor Hisham juga menyarankan agar dibuang sifat rendah diri yg tidak bertempat khasnya dalam kalangan pelajar melayu lebih lebih lagi lepasan sekolah berteraskan agama spr Hidayah ini. Anda mestilah mempunyai jati diri dan daya saing yg tinggi untuk bekerja dlm sektor swasta yg banyak terdapat di wilayah IRDA ini.

Semoga bekas pelajar Hidayah membawa imej Islam yg baik dan menjadi contoh teladan kpd masyarakat umum yg lain.

Sunday, July 10, 2011

LAWATAN AUDIT AKADEMIK KE PERGAS SINGAPURA

Pada 10 julai 2011 saya bersama Hj Hasan Hushin pensyarah bidang pengurusan pendidikan
UTM telah dijemput oleh pihak Persatuan Ulama dan Guru guru Agama Singapura (PERGAS) yg sedang mengendalikan beberapa program pengajian Islam diperingkat sijil, sijil lanjutan, diploma dan diploma lanjutan dan juga peringkat ijazah sarjana muda (dgn kerjasama UIAM) untuk menilai kurikulum mereka dan juga memberi maklumbalas sebagai penilai luar terhadap kualiti program yang sedang dilaksanakan.

Alhamdulillah setelah sesi pembentangan dan perbincangan yg diketuai oleh En Jakfar bin Hj Embek, ketua bahagian dakwah dan latihan PERGAS diadakan,kami dapati secara keseluruhannya kualiti program program yang ditawarkan adalah setanding dengan standard kualiti akademik sepertimana yang sepatutnya. Ini memandangkan terdapat banyak aspek kekuatan mereka seperti tenaga pengajar yg berkelayakan dan berpengalaman, kemudahan bilik kuliah, perpustakaan,capaian internet dan infrastruktur fizikal yg baik yg dibekalkan kepada pelajar pelajar.

Beberapa aspek lain yg disyorkan untuk dipertingkatkan lagi adalah seperti keperluan latihan atau pembangunan profesional tenaga pengajar berkaitan dgn kaedah pengajaran pembelajaran terkini khasnya dlm penggunaan konsep e-learning, kaedah pentaksiran baru dan juga penggunaan bahan bantu mengajar baru dlm konteks pendidikan Islam.

Semoga hasil pertemuan ini akan membuahkan beberapa tindakan positif oleh pihak PERGAS khasnya untuk memperkasakan lagi kualiti pendidikan Islam kepada masyarakat Islam di Singapura yang didapati amat dahagakan pendidikan Islam yang berkesan dan bermutu tinggi lebih lebih lagi kepada generasi muda yang hidup dalam kota metropolitan yang serba changgih dan mencabar ini.

Thursday, July 7, 2011

PERHIMPUNAN AHLI TERAS (PAT) IKRAM KEDUA

Pada 2 julai 2011(9pg-1030mlm)telah berlangsung perhimpunan ahli teras (PAT) IKRAM kedua di Dewan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ)setelah genap setahun penubuhan pertubuhan NGO dakwah, tarbiah dan kebajikan ini di The Mines, Sri Kembangan, Selangor tahun lepas.

Perhimpunan yg menghimpunkan ahli teras seramai lebih kurang 1000 org dari seluruh negara ini bertujuan untuk menilai prestasi aktiviti dakwah, tarbiah dan kebajikan dlm pelbagai wadah IKRAM (spr JK pendidikan, pemuda, wanita,ekonomi, tarbiah, kebajikan, pembangunan masyarakat dsb) yg dilaksanakan oleh ahli ahlinya sepanjang setahun yg lepas.

Mekanisme berbentuk KPI(key performance index) digunakan untuk melaporkan prestasi setiap wadah dan bertujuan untuk mendapatkan maklum balas ahli serta memberi peluang ahli mencadangkan bagaimana dapat dipertingkatkan lagi prestasi semua aktiviti berkenaan dlm masyarakat pada tahun hadapan dan seterusnya.

Disamping itu perhimpunan ini juga dapat mengeratkan lagi ikatan ukhuwah para aktivis dakwah IKRAM dari seluruh negara.

Semoga hasil pertemuan ini akan dapat melonjakkan lagi aktivisme dakwah sekembalinya kita ditempat masing masing nanti. InsyaAllah.

Thursday, May 26, 2011

MUZAKARAH PENDIDIKAN IKRAM-MUSLEH

Alhamdulillah pada 17 mei 2011 telah berlansung dengan jayanya satu majlis muzakarah pendidikan yg menghimpunkan lebih kurang 150 peserta terdiri daripada para penggiat pendidikan IKRAM-MUSLEH dari seluruh negara di dewan kuliah Moot Court UIA,Gombak.

Majlis ini diresmikan oleh Presiden IKRAM Uzt Dr Sheikh Mohd Parid yg dlm ucapannya menegaskan kepentingan wadah pendidikan ini sbg penyediaan kpd barisan pelapis baru para duat dlm meneruskan perjuangan Islam ini.

Kertas kerja pertama dibentangkan oleh Prof Rizza Atiq dari UKM yg menggariskan idea idea baru dan terkini tentang dunia pendidikan iaitu mengenai konsep Education 3.0 dan juga pendekatan Outcome-Based Education (OBE) yg sedang hangat diperkatakan masa kini serta membincangkan bagaimanakah ianya dapat digunakan dlm konteks pendidikan disekolah sekolah dalam rangkaian IKRAM-MUSLEH.

Kertas kedua pula oleh Prof Noor Azlan, Dr Azma dan Pn Kamaliah membincangkan mengenai falsafah,konsep, pelaksanaan kurikulum dan sistem pentaksiran holistik
dan bagaimana ketiga tiga komponen teras pendidikan itu boleh diperkasakan lagi dalam amalannya disekolah.

Sesi terakhir disebelah petang adalah berbentuk forum dan perbincangan terbuka mengenai isu isu dan cabaran semasa pelaksanaan pendidikan oleh guru guru diperingkat sekolah. Beberapa cadangan dan resolusi untuk tindakan bersama telah disepakati hasil daripada muzakarah ini. Semoga segala usaha memajukan pendidikan Islam bersepadu ini diberkati Allah swt jua.

Thursday, April 21, 2011

JAULAH/LAWATAN PENDIDIKAN

Pada beberapa hari lepas dalam bulan mac dan april 2011 saya telah berpeluang bersama team JK PENDIDIKAN IKRAM PUSAT yang diketuai oleh PM Dr Omar Yaacob melawat dan berbincang mengenai perkembangan pendidikan di beberapa buah sekolah rangkaian IKRAM-MUSLEH iaitu Sek ren dan men Al Amin Gombak; Sek ren dan men Hira Klang, Sek Ren dan Men Al Hidayah, Ipoh; Sek Ren Al Furqun, Kuala Kangsar; Sek ren dan men Al Islah, Sg Petani (digabung sekali perjumpaan dgn sek ren dan men Al Azhar, Jitra, Kedah); Sek Tahfiz Pulau Pinang; Sek ren dan men Tahfiz As Saidiyah, Seremban dan Sek ren dan men Hidayah, Johor. Dukacita saya tidak berkesempatan melawat beberapa sekolah lagi di negeri negeri lain.

Kesan daripada lawatan ini saya berasa sungguh optimis dgn perkembangan masa depan pendidikan Islam yg sangat cerah memandangkan sambutan yg amat baik dan terus meningkat oleh masyarakat Islam disemua sekolah yang kami lawati. Jelaslah bahawa konsep pendidikan Islam secara holistik dan bersepadu yg ditawarkan oleh sekolah sekolah ini untuk melahirkan insan yg soleh lagi musleh sangat diterima oleh seluruh masyarakat Islam dinegara ini.

Saya berdoa semoga segala usaha oleh semua pihak dalam menjayakan kerja dakwah dan tarbiyah ini diberkati dan diredoi Allah swt serta mengiranya sbg amal jariah kita semua diakhirat kelak.