Total Pageviews

Saturday, January 23, 2010

Jari anda adalah password anda

Menarik sekali anologi diatas yg diberi oleh Prof Ghazali Sulong dlm syarahan perdana professor di UTM satu ketika dulu. Saya selalu teringat analogi ini tentang bagaimana Allah swt nanti akan bangkitkan kita semua diakhirat nanti dan akan mempamerkan semua aktiviti baik buruk kita semasa hidup di dunia dulu.

Ketika itu tentulah satu maklumat pun tak tertinggal malah boleh di retrive semuanya.Kita mungkin terkejut melihat amoun dosa pahala kita ketika itu.

Benarlah bahawa orang yg berilmu akan lebih takut kpd Allah swt bila menyedari bahawa semua database aktivitinya adalah unik tersendiri dan akan disimpan dgn baik dlm hard disk milik Allah swt semata mata.Kita tidak boleh pandai pandai nak ubah/tambah/delete mana mana data ikut suka hati kita sendiri.

Semoga Allah menyelamatkan kita semua drp segala dosa yg dimurkaiNya.

Wednesday, January 13, 2010

APA

Hari ini 13/1/10 saya dan Dr Shukri mewakili Fakulti Pendidikan sebagai auditee dalam proses Audit Prestasi Akademik oleh para panel audit luar MQA-KPT. Pengalaman ini sangat bermakna kerana saya dapat melalui proses pengauditan program akademik peringkat universiti secara keseluruhannya. Panel yg dilantik memang semuanya terdiri dari para Prof kanan dari IPTA dan IPTS yg berpengalaman luas dalam bidang kualiti akademik ini.

Saya sendiri perlu menjawab bagaimana kita sbg pensyarah mesti realigned tugas kita dgn wawasan unversiti dan VC baru Prof Zaini yg katanya sangat dinamik dan agak agresif dalam usaha mentransformasikan UTM ini kearah Research University dan World Class University.

Semoga pengalaman ini dapat dimenafaatkan juga dalam usaha saya dan sahabat sahabat lain dalam meningkatkan kualiti pendidikan Islam bersepadu di Sek Hidayah dan sekolah sekolah lain dalam rangkaian MUSLEH secara keseluruhannya. InsyAllah.

Sunday, January 3, 2010

Penilai program sarjana muda pengajaran (matematik) OUM

Pada 31/12/09 saya telah diminta menjadi penilai luar program Sarjana Muda Pengajaran Matematik Rendah samaada memenuhi kehendak MQA/KPT atau tidak oleh pihak OUM dikampus induknya di Jalan Sultan Ismail KL. Pengalaman ini sangat bermakna bagi saya khususnya dalam memperkayakan lagi pengetahuan mengenai keperluan sesuatu program akademik yang berkualiti.

Satu lagi perkara yang tak disangka sangka dan sangat menarik adalah pertemuan semula dgn bekas guru saya Prof Madya Dr Abd Wahab Abd Ghani (di Sekolah Men Sultan Abd Halim Jitra pada tahun 1971-74 dulu) yg kini bertugas sbg pensyarah kontrak di OUM dan juga penyelaras program berkenaan. Sempatlah saya bertanya khabar tentang bekas guru guru dulu.

Selepas tugas itu saya sekeluarga berpeluang bercuti, meniup udara sejuk dan nyaman dipuncak Genting Highlands dgn berpengalam menaiki cable car sejauh 3.4 km yg agak mendebarkan itu.

Akhirnya dalam perjalanan balik saya singgah menghantar anak ketiga saya Nazifah pelajar UNIMAS menjalani praktikum kaunselingnya selama satu semester diUniversiti Kuala Lumpur-BMI Gombak. Disitu pula dengan tak semena mena saya terjumpa pula dgn kenalan lama,bekas penyarah UTM, Prof Dr Badri Abu Bakar yg baru bertugas sebagai pengarah kampus tersebut.

Demikianlah pengalaman ringkas yg agak bermakna dan jelasnya bagitulah yg dikatakan "small world" - pusing pi pusing mai jumpa balik kawan/kenalan lama.
InsyaAllah didoakan semua tugas dan urusan apa pun hendaknya diredai Allah swt jua.