Total Pageviews

Sunday, January 3, 2010

Penilai program sarjana muda pengajaran (matematik) OUM

Pada 31/12/09 saya telah diminta menjadi penilai luar program Sarjana Muda Pengajaran Matematik Rendah samaada memenuhi kehendak MQA/KPT atau tidak oleh pihak OUM dikampus induknya di Jalan Sultan Ismail KL. Pengalaman ini sangat bermakna bagi saya khususnya dalam memperkayakan lagi pengetahuan mengenai keperluan sesuatu program akademik yang berkualiti.

Satu lagi perkara yang tak disangka sangka dan sangat menarik adalah pertemuan semula dgn bekas guru saya Prof Madya Dr Abd Wahab Abd Ghani (di Sekolah Men Sultan Abd Halim Jitra pada tahun 1971-74 dulu) yg kini bertugas sbg pensyarah kontrak di OUM dan juga penyelaras program berkenaan. Sempatlah saya bertanya khabar tentang bekas guru guru dulu.

Selepas tugas itu saya sekeluarga berpeluang bercuti, meniup udara sejuk dan nyaman dipuncak Genting Highlands dgn berpengalam menaiki cable car sejauh 3.4 km yg agak mendebarkan itu.

Akhirnya dalam perjalanan balik saya singgah menghantar anak ketiga saya Nazifah pelajar UNIMAS menjalani praktikum kaunselingnya selama satu semester diUniversiti Kuala Lumpur-BMI Gombak. Disitu pula dengan tak semena mena saya terjumpa pula dgn kenalan lama,bekas penyarah UTM, Prof Dr Badri Abu Bakar yg baru bertugas sebagai pengarah kampus tersebut.

Demikianlah pengalaman ringkas yg agak bermakna dan jelasnya bagitulah yg dikatakan "small world" - pusing pi pusing mai jumpa balik kawan/kenalan lama.
InsyaAllah didoakan semua tugas dan urusan apa pun hendaknya diredai Allah swt jua.

No comments:

Post a Comment