Total Pageviews

Wednesday, January 13, 2010

APA

Hari ini 13/1/10 saya dan Dr Shukri mewakili Fakulti Pendidikan sebagai auditee dalam proses Audit Prestasi Akademik oleh para panel audit luar MQA-KPT. Pengalaman ini sangat bermakna kerana saya dapat melalui proses pengauditan program akademik peringkat universiti secara keseluruhannya. Panel yg dilantik memang semuanya terdiri dari para Prof kanan dari IPTA dan IPTS yg berpengalaman luas dalam bidang kualiti akademik ini.

Saya sendiri perlu menjawab bagaimana kita sbg pensyarah mesti realigned tugas kita dgn wawasan unversiti dan VC baru Prof Zaini yg katanya sangat dinamik dan agak agresif dalam usaha mentransformasikan UTM ini kearah Research University dan World Class University.

Semoga pengalaman ini dapat dimenafaatkan juga dalam usaha saya dan sahabat sahabat lain dalam meningkatkan kualiti pendidikan Islam bersepadu di Sek Hidayah dan sekolah sekolah lain dalam rangkaian MUSLEH secara keseluruhannya. InsyAllah.

No comments:

Post a Comment