Total Pageviews

Monday, July 25, 2011

CERAMAH KERJAYA OLEH IRDA DI HIDAYAH

Pada 23 julai 2011 pelajar pelajar SMIH sangat bertuah kerana dikunjungi sendiri Naib Presiden Kanan Perbadanan Pembangunan Wilayah Iskandar En Nor Hisham Husein untuk memberi taklimat mengenai prospek kerjaya yg menarik dlm pelbagai bidang dan sektor IRDA yg sedang berkembang pesat ketika ini.

Sebagai pengerusi LPH saya amat berterima kasih dgn kerjasama ini dan berharap jalinan hubungan ini dapat diteruskan lagi dimasa depan. Dalam ucapan aluan saya mengingatkan pelajar agar belajar bersungguh sungguh dan rebutlah peluang setelah tamat pengajian nanti untuk membina kerjaya mereka di IRDA ini. Tunjukkanlah akhlak yg baik,pekerja yg soleh lagi musleh yg merupakan trademark pelajar dan keluaran sekolah Islam ini.

En Nor Hisham juga menyarankan agar dibuang sifat rendah diri yg tidak bertempat khasnya dalam kalangan pelajar melayu lebih lebih lagi lepasan sekolah berteraskan agama spr Hidayah ini. Anda mestilah mempunyai jati diri dan daya saing yg tinggi untuk bekerja dlm sektor swasta yg banyak terdapat di wilayah IRDA ini.

Semoga bekas pelajar Hidayah membawa imej Islam yg baik dan menjadi contoh teladan kpd masyarakat umum yg lain.

Sunday, July 10, 2011

LAWATAN AUDIT AKADEMIK KE PERGAS SINGAPURA

Pada 10 julai 2011 saya bersama Hj Hasan Hushin pensyarah bidang pengurusan pendidikan
UTM telah dijemput oleh pihak Persatuan Ulama dan Guru guru Agama Singapura (PERGAS) yg sedang mengendalikan beberapa program pengajian Islam diperingkat sijil, sijil lanjutan, diploma dan diploma lanjutan dan juga peringkat ijazah sarjana muda (dgn kerjasama UIAM) untuk menilai kurikulum mereka dan juga memberi maklumbalas sebagai penilai luar terhadap kualiti program yang sedang dilaksanakan.

Alhamdulillah setelah sesi pembentangan dan perbincangan yg diketuai oleh En Jakfar bin Hj Embek, ketua bahagian dakwah dan latihan PERGAS diadakan,kami dapati secara keseluruhannya kualiti program program yang ditawarkan adalah setanding dengan standard kualiti akademik sepertimana yang sepatutnya. Ini memandangkan terdapat banyak aspek kekuatan mereka seperti tenaga pengajar yg berkelayakan dan berpengalaman, kemudahan bilik kuliah, perpustakaan,capaian internet dan infrastruktur fizikal yg baik yg dibekalkan kepada pelajar pelajar.

Beberapa aspek lain yg disyorkan untuk dipertingkatkan lagi adalah seperti keperluan latihan atau pembangunan profesional tenaga pengajar berkaitan dgn kaedah pengajaran pembelajaran terkini khasnya dlm penggunaan konsep e-learning, kaedah pentaksiran baru dan juga penggunaan bahan bantu mengajar baru dlm konteks pendidikan Islam.

Semoga hasil pertemuan ini akan membuahkan beberapa tindakan positif oleh pihak PERGAS khasnya untuk memperkasakan lagi kualiti pendidikan Islam kepada masyarakat Islam di Singapura yang didapati amat dahagakan pendidikan Islam yang berkesan dan bermutu tinggi lebih lebih lagi kepada generasi muda yang hidup dalam kota metropolitan yang serba changgih dan mencabar ini.

Thursday, July 7, 2011

PERHIMPUNAN AHLI TERAS (PAT) IKRAM KEDUA

Pada 2 julai 2011(9pg-1030mlm)telah berlangsung perhimpunan ahli teras (PAT) IKRAM kedua di Dewan Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ)setelah genap setahun penubuhan pertubuhan NGO dakwah, tarbiah dan kebajikan ini di The Mines, Sri Kembangan, Selangor tahun lepas.

Perhimpunan yg menghimpunkan ahli teras seramai lebih kurang 1000 org dari seluruh negara ini bertujuan untuk menilai prestasi aktiviti dakwah, tarbiah dan kebajikan dlm pelbagai wadah IKRAM (spr JK pendidikan, pemuda, wanita,ekonomi, tarbiah, kebajikan, pembangunan masyarakat dsb) yg dilaksanakan oleh ahli ahlinya sepanjang setahun yg lepas.

Mekanisme berbentuk KPI(key performance index) digunakan untuk melaporkan prestasi setiap wadah dan bertujuan untuk mendapatkan maklum balas ahli serta memberi peluang ahli mencadangkan bagaimana dapat dipertingkatkan lagi prestasi semua aktiviti berkenaan dlm masyarakat pada tahun hadapan dan seterusnya.

Disamping itu perhimpunan ini juga dapat mengeratkan lagi ikatan ukhuwah para aktivis dakwah IKRAM dari seluruh negara.

Semoga hasil pertemuan ini akan dapat melonjakkan lagi aktivisme dakwah sekembalinya kita ditempat masing masing nanti. InsyaAllah.