Total Pageviews

Sunday, July 10, 2011

LAWATAN AUDIT AKADEMIK KE PERGAS SINGAPURA

Pada 10 julai 2011 saya bersama Hj Hasan Hushin pensyarah bidang pengurusan pendidikan
UTM telah dijemput oleh pihak Persatuan Ulama dan Guru guru Agama Singapura (PERGAS) yg sedang mengendalikan beberapa program pengajian Islam diperingkat sijil, sijil lanjutan, diploma dan diploma lanjutan dan juga peringkat ijazah sarjana muda (dgn kerjasama UIAM) untuk menilai kurikulum mereka dan juga memberi maklumbalas sebagai penilai luar terhadap kualiti program yang sedang dilaksanakan.

Alhamdulillah setelah sesi pembentangan dan perbincangan yg diketuai oleh En Jakfar bin Hj Embek, ketua bahagian dakwah dan latihan PERGAS diadakan,kami dapati secara keseluruhannya kualiti program program yang ditawarkan adalah setanding dengan standard kualiti akademik sepertimana yang sepatutnya. Ini memandangkan terdapat banyak aspek kekuatan mereka seperti tenaga pengajar yg berkelayakan dan berpengalaman, kemudahan bilik kuliah, perpustakaan,capaian internet dan infrastruktur fizikal yg baik yg dibekalkan kepada pelajar pelajar.

Beberapa aspek lain yg disyorkan untuk dipertingkatkan lagi adalah seperti keperluan latihan atau pembangunan profesional tenaga pengajar berkaitan dgn kaedah pengajaran pembelajaran terkini khasnya dlm penggunaan konsep e-learning, kaedah pentaksiran baru dan juga penggunaan bahan bantu mengajar baru dlm konteks pendidikan Islam.

Semoga hasil pertemuan ini akan membuahkan beberapa tindakan positif oleh pihak PERGAS khasnya untuk memperkasakan lagi kualiti pendidikan Islam kepada masyarakat Islam di Singapura yang didapati amat dahagakan pendidikan Islam yang berkesan dan bermutu tinggi lebih lebih lagi kepada generasi muda yang hidup dalam kota metropolitan yang serba changgih dan mencabar ini.

No comments:

Post a Comment