Total Pageviews

Tuesday, September 4, 2012

INGIN MENJADI MUSLIM YG BAIK DAN CEMERLANG?

Semua orang Islam tentu ingin menjadi seorang muslim yg baik dan cemerlang. Tapi apakah ciri ciri utamanya? Disini terdapat sekurang-kurangnya 10 ciri/kriteria utama : 1. Memiliki aqidah yg sejahtera 2. Melaksanakan ibadah yg sahih 3. Memiliki akhlak yg mantap 4. Mampu bekerja 5. Berilmu pengetahuan 6. Memiliki tubuh badan yg cergas 7. bermujahadah (menguasai diri) 8. Teratur urusan hidupnya 9. Sangat menghargai masa 10. Nermanfaat kpd org lain Semoga kita semua berazam untuk melaksanakan 10 ciri ciri tersebut. InsyaAllah

Sunday, August 26, 2012

BLOOM vs ANDERSON TAXONOMY

ORIGINAL BLOOM (1950s) vs REVISED BY ANDERSON (2001) Bloom : knowledge, comprehension, application, analysis, synthesis and evaluation Anderson : remembering,understanding,applying, analysing, evaluating and creating

Sunday, April 22, 2012

Ketua wanita Ikram Kulaijaya kembali kerahmatullah

Pada lebih kurang jam 1210 pg hari sabtu 21 april 2012 telah kembalilah kerahmatullah
Hjh Napisah bt Mohd Radzi,ketua wanita IKRAM Kulaijaya di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru setelah terlantar sakit akibat kanser dada lebih kurang 2 minggu di hospital berkenaan.

Pemergiaan isteri kpd sahabat baik saya PM Dr Sulaiman Mohd Noor PSU IKRAM Johor ini
sungguh menyayat hati dan memberi kesan mendalam kpd kami semua khasnya ahli ahli ikram Kulaijaya.Kedua dua mereka merupakan tulang belakang kpd aktivisme dakwah dan tarbiah sejak dilantik ke jawatan masing masing pada thn 2010 yg lalu.

Allahyarhamah sendiri telah meletakkan asas aktiviti dakwah wanita yg kukuh untuk dijadikan panduan, motivasi dan inspirasi kpd ketua wanita baru dan ajk beliau untuk meneruskannya dimasa depan.

Semoga Allah swt menerima segala amal beliau dan menempatkan rohnya bersama org org yg soleh. Kpd Dr Sulaiman dan ahli keluarganya banyaklah bersabar dgn ujian Allah swt ini.

Monday, January 16, 2012

MUJAHADAH SBG SEORANG MURABBI DI SEK HIDAYAH

Pada 15/1/2012,jam 3-430 ptg, guru guru Sek Islam Hidayah telah berpeluang mendengar
satu ceramah motivasi bertajuk "mujahadah sbg seorang murabbi" oleh Prof Madya Uztaz
Hasanuddin Mohd Yunus dari Kolej Universiti Perubatan Cyberjaya.

Dalam ceramahnya uzt telah menggariskan beberapa panduan berdasarkan al- Quran, as- sunnah dan juga kisah para sahabat tentang bagaimana peranan sesaorang guru/murabbi dalam melaksanakan tugas dalam mendidik/mentarbiyah murid muridnya.

Antara perkara penting yg disebutkan adalah spr berikut:

1. Pendidikan/tarbiah hendaklah bermula dgn berpandukan ayat Al Quran, surah Yusuf
ayat 108 yg bermaksud " Katakanlah (wahai Muhammad), Inilah jalanku, aku dan orang
orang yg menurutku, menyeru manusia umumnya kpd agama Allah dgn berdasarkan
keterangan dan bukti yg jelas nyata. Dan aku menegaskan, Maha suci Allah (dari
segala iktikad dan perbuatan syirik)dan bukanlah aku dari golonagn yg mempersekutu
Allah dgn sesuatu yg lain."

2. Tabiat Agama menurut As-syahid Syed Qutub ada dua:

a) manhaj rabbani - satu sistem hidup yg lengkap dibekalkan Allah swt dari sekecil
kecil perkara sehinggalah kpd sebesar besar perkara meliputi soal bermuamalat,
berpolitik,bersosial dsb yg perlu diamalkan sepenuhnya oleh seaorang muslim.

b) pengembelingan tenaga manusia - peranan para nabi, rasul, sahabah, pemerintah
pendakwah, guru dsb untuk mengembeling seluruh tenaga, masa,fikiran, kebolehan,
sumber dsb bagi merealisasikan segala peraturan dan syariat Islam spr yg
terkandung dlm manhaj rabani tersebut.

c) mereka yg terlibat sbg guru spr di sekolah Hidayah ini adalah sangat bertuah
kerana diberi peluang mengembeling tenaga mendidik anak anak menjadi insan yg
soleh lagi musleh dan menghayati tarbiah dlm seluruh kehidupan nanti. Mereka
sendiri berpeluang memperolehi satu pakej- sbg satu kerjaya yg mendapat gaji
dan kemudahan kemudahan perkhidmatan lain serta disusun pula dlm program usrah
dan tarbiah yg berterusan.


Semoga menerusi ceramah motivasi yg baik dan berkesan seumpama ini dapat menyuntik semangat semua warga Hidayah untuk terus menyumbang tenaga masing masing kearah melahirkan pendokong dan penggerak dakwah yg aktif dan cemerlang suatu hari nanti.InsyaAllah.

Tuesday, August 16, 2011

MEMPERKASAKAN PROGRAM TARBIAH DI SEKOLAH HIDAYAH

Tujuan utama penubuhan Sekolah Islam Hidayah adalah untuk melahirkan insan rabbani yg soleh lagi musleh dan juga cemerlang pencapaian akademiknya. Namun begitu fokus yg kadangkala keterlaluan kpd pencapaian akademik dan kokurikulum seperti yg berlaku disekolah sekolah lain mungkin boleh menyebabkan kita terpengaruh dan secara tidak langsung mengurangkan tumpuan kita kpd matlamat asal kewujudan sek Hidayah itu sendiri.

Dalam usaha untuk memperkasakan lagi dan membuat proper alignment aspek tarbiah ini agar sejajar dgn falsafah asal sekolah kpd samaada guru mahu pun pelajar peringkat sek rend dan juga menengah, maka muzakarah guru guru dan lembaga pengelola sekolah (LPH) pada 14 0gos 2011 di pejabat IKRAM Johor yg lepas telah mengambil ketetapan asas (back to basics)berikut untuk dilaksanakan secara bersungguh sungguh oleh semua guru, pelajar dan juga staf sokongan sekolah.

1. memperkasakan amalan solat khususnysa solat berjemaah disekolah
2. menguasai bacaan Al-Qur'an dgn betul dan lancar
3. mengukuhkan bi'ah solehah di sekolah( mengamalkan adab dan akhlak mulia)
4. memantapkan program dan aktiviti tarbiah guru
dan pelajar (spr usrah,qiam, puasa sunat, tamrin, daurah, mukhaiyam dsb)

Semua perkara diatas adalah saling berkaitan dan perlu dilaksanakan secara bersepadu dan serentak oleh semua pihak disekolah.

Semoga segala amalan itu dipermudahkan dan diberkati oleh Allah swt.

Tuesday, August 2, 2011

10 SIFAT INDIVIDU MUSLIM YG BERJAYA

1. Aqidah sejahtera
2. Ibadah yg sahih
3. Akhlak yg mantap
4. Mampu bekerja
5. Berpengetahuan
6. Tubuh yg cergas
7. Mujahadah (menguasai diri)
8. Teratur urusannya
9. Sangat menghargai masa
10. Bermanfaat kpd org lain

Monday, July 25, 2011

CERAMAH KERJAYA OLEH IRDA DI HIDAYAH

Pada 23 julai 2011 pelajar pelajar SMIH sangat bertuah kerana dikunjungi sendiri Naib Presiden Kanan Perbadanan Pembangunan Wilayah Iskandar En Nor Hisham Husein untuk memberi taklimat mengenai prospek kerjaya yg menarik dlm pelbagai bidang dan sektor IRDA yg sedang berkembang pesat ketika ini.

Sebagai pengerusi LPH saya amat berterima kasih dgn kerjasama ini dan berharap jalinan hubungan ini dapat diteruskan lagi dimasa depan. Dalam ucapan aluan saya mengingatkan pelajar agar belajar bersungguh sungguh dan rebutlah peluang setelah tamat pengajian nanti untuk membina kerjaya mereka di IRDA ini. Tunjukkanlah akhlak yg baik,pekerja yg soleh lagi musleh yg merupakan trademark pelajar dan keluaran sekolah Islam ini.

En Nor Hisham juga menyarankan agar dibuang sifat rendah diri yg tidak bertempat khasnya dalam kalangan pelajar melayu lebih lebih lagi lepasan sekolah berteraskan agama spr Hidayah ini. Anda mestilah mempunyai jati diri dan daya saing yg tinggi untuk bekerja dlm sektor swasta yg banyak terdapat di wilayah IRDA ini.

Semoga bekas pelajar Hidayah membawa imej Islam yg baik dan menjadi contoh teladan kpd masyarakat umum yg lain.