Total Pageviews

Monday, January 16, 2012

MUJAHADAH SBG SEORANG MURABBI DI SEK HIDAYAH

Pada 15/1/2012,jam 3-430 ptg, guru guru Sek Islam Hidayah telah berpeluang mendengar
satu ceramah motivasi bertajuk "mujahadah sbg seorang murabbi" oleh Prof Madya Uztaz
Hasanuddin Mohd Yunus dari Kolej Universiti Perubatan Cyberjaya.

Dalam ceramahnya uzt telah menggariskan beberapa panduan berdasarkan al- Quran, as- sunnah dan juga kisah para sahabat tentang bagaimana peranan sesaorang guru/murabbi dalam melaksanakan tugas dalam mendidik/mentarbiyah murid muridnya.

Antara perkara penting yg disebutkan adalah spr berikut:

1. Pendidikan/tarbiah hendaklah bermula dgn berpandukan ayat Al Quran, surah Yusuf
ayat 108 yg bermaksud " Katakanlah (wahai Muhammad), Inilah jalanku, aku dan orang
orang yg menurutku, menyeru manusia umumnya kpd agama Allah dgn berdasarkan
keterangan dan bukti yg jelas nyata. Dan aku menegaskan, Maha suci Allah (dari
segala iktikad dan perbuatan syirik)dan bukanlah aku dari golonagn yg mempersekutu
Allah dgn sesuatu yg lain."

2. Tabiat Agama menurut As-syahid Syed Qutub ada dua:

a) manhaj rabbani - satu sistem hidup yg lengkap dibekalkan Allah swt dari sekecil
kecil perkara sehinggalah kpd sebesar besar perkara meliputi soal bermuamalat,
berpolitik,bersosial dsb yg perlu diamalkan sepenuhnya oleh seaorang muslim.

b) pengembelingan tenaga manusia - peranan para nabi, rasul, sahabah, pemerintah
pendakwah, guru dsb untuk mengembeling seluruh tenaga, masa,fikiran, kebolehan,
sumber dsb bagi merealisasikan segala peraturan dan syariat Islam spr yg
terkandung dlm manhaj rabani tersebut.

c) mereka yg terlibat sbg guru spr di sekolah Hidayah ini adalah sangat bertuah
kerana diberi peluang mengembeling tenaga mendidik anak anak menjadi insan yg
soleh lagi musleh dan menghayati tarbiah dlm seluruh kehidupan nanti. Mereka
sendiri berpeluang memperolehi satu pakej- sbg satu kerjaya yg mendapat gaji
dan kemudahan kemudahan perkhidmatan lain serta disusun pula dlm program usrah
dan tarbiah yg berterusan.


Semoga menerusi ceramah motivasi yg baik dan berkesan seumpama ini dapat menyuntik semangat semua warga Hidayah untuk terus menyumbang tenaga masing masing kearah melahirkan pendokong dan penggerak dakwah yg aktif dan cemerlang suatu hari nanti.InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment