Total Pageviews

Wednesday, December 9, 2009

Erti mendapat Ph.D


Ketika di sek men lagi saya telah berangan angan meraih ijazah akademik tertinggi iaitu Ph.D suatu hari nanti.Saya pun tidak tahu entah kenapa? Lantaran itu saya sering menulis nama saya dlm kertas/buku nota peribadi dgn ijazah sarjana dan Ph.D.Selepas graduate dgn BSc pada 1979/80 dari UM, saya mengajar di sek Men Pulau Nyior, Jitra, Kedah dan tinggal bersama emak ayah dikampung berhampiran dgn sek tersebut.
Kalau diikutkan memang itulah yg menjadi hajat ramai orang, iaitu berkerja dikampung halaman, hidup agak selesa dgn pendapatan yg agak lumayan iaitu dgn gaji permulaan RM 1060 sebulan, harga barangan pun agak murah, hidup "slow life"/banyak masa rehat/lapang. Tetapi rupanya saya ini "agak pelik", org skg kata thinking outside the box, saya rasa cepat bosan hidup secara rutin yg tidak mencabar begitu. Lalu selepas hampir setahun mengajar matematik disitu, saya merasa sangat bosan untuk mengajar perkara yg sama thn hadapan dan seterusnya, maka oleh sebab itu saya mengambil keputusan mencari kerja lain.
Dgn takdir Allah swt pada thn 1981 saya telah diterima bekerja sbg penolong pensyarah di UTM KL dan seterusnya berpeluang melanjutkan pelajaran dua kali ke England. Alhamdulillah walau pun kerja agak sibuk dan mencabar tetapi saya rasa tidak banyak masalah disebabkan saya berminat dgn suasana kerja yg agak dinamik dgn dpt menimba ilmu dan pengalaman baru dsb.

Selepas bertungkus lumus belajar dan menyiapkan tesis di University of warwick pada thn 1991 barulah saya saya faham bahawa memperolehi Ph.D ini bererti kita telah memberi sumbangan yg dipanggil " significant and original contribution to the development of knowledge" dlm bidang yg kita ceburi, dlm hal ini, bidang saya adalah pendidikan matematik atau lebih khusus lagi dlm tajuk/sub-bidang " learning problems in mathematical functions among secondary school students in England and Malaysia"- satu kajian perbandingan yg agak mendalam.

Tetapi pada hakikatnya mendapat Ph.D hanyalah diibaratkan sbg mendapat suatu "kunci besar" untuk terus menerokai ilmu yang maha luas itu. Hanya Allah swt lah yg mengetahui segalanya.

1 comment:

  1. Assalamualaikum warahmatullah,

    Bagus sangat Saudara mempunyai semangat dan cita-cita yang tinggi...terus pula terjun bagi mencapai cita-cita itu...

    Sekolah Men. Pulau Nyior...seperti pernah dengar..suami saya kampung asalnya dari Pekan Napoh sebelah ayah manakala Kampung Bukit sebelah ibunya...dan ada ayah saudara yang sekarang sudah pencen - dulunya mengajar di sekolah rendah Pulau Nyior.

    Mungkin sebab itu saya rasa seperti pernah dengar nama sekolah ini...

    Mengapa tidak ditulis sahaja pengalaman saudara mengejar cita-cita dalam meraih pengajian tinggi ini? Manakan tahu, ramai yang mungkin mendapat suntikan semangat bagi menyambung belajar lagi?

    Wasalam...

    ReplyDelete