Total Pageviews

Sunday, December 6, 2009

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu/Akademik Di Universiti?


Rata ratanya para pentadbir dan pensyarah universiti pada masa kini sering menggunakan hampir 100% secara tulisannya dalam bahasa Inggeris walau pun dalam pengucapannya di selang seli dgn bahasa Melayu, timbul satu persoalan kpd saya mampukah BM berfungsi sebagai bahasa ilmu/akademik di universiti? khususnya dalan bidang sains dan teknologi seperti di UTM ini. Nampaknya BI digunakan untuk mengungkapkan perkara/idea/konsep yang serious/berat/rumit/kompleks manakala BM digunakan untuk menjelaskan semula idea berkaitan atau menyatakan perkara yg ringan dan kadangkala untuk tujuan berjenaka sahaja.
Pada sekitar tahun 1984/85 saya terlibat sedikit sebanyak dalam AJK pembinaan istilah BM(dgn DBP)untuk bidang pendidikan matematik. Pengalaman yang sedikit itu telah meyakinkan saya bahawa BM berupaya mengungkapkan ilmu matematik dan mampu menjelaskan idea idea yg abstrak dalam bidang matematik itu. Di samping menyampaikan kuliah dalam BM sejak beberapa tahun yang lepas(sejak 1981-2005 tetapi atas arahan universiti mengajar dalam BI kpd pelajar sarjana bermula pada 2006 )dan menjadi penulis bersama buku teks matematik tingkatan 1 KBSM pada tahun 1989 yg ditulis sepenuhnya dalam BM dan baru baru ini terlibat dalam kajian mengenai PPSMI, saya tidak nampak sebarang masalah besar dlm pelaksanaan BM dalam bidang sains dan matematik ini.
Jelaslah bahawa persoalan mampu atau tidak mampunya BM berfungsi sbg bahasa ilmu/akademik terletak pada pendukung atau pengguna bahasa itu sendiri. Benarlah kata pepatah, kalau hendak seribu daya ,tak hendak seribu dalih. Mungkin kita secara tidak sedar terjebak dalam apa yg dipanggil "menjadi bangsa yg berjiwa hamba" mungkin buat selamanya!

No comments:

Post a Comment