Total Pageviews

Thursday, August 13, 2009

Kepentingan Sabar dan Syukur

Di permulaan mesyuarat jabatan pada 12/8/09 saya telah diminta menyampaikan tazkirah selama 5 minit. Saya sengaja memilih tajuk mengenai kepentingan sabar dan syukur yang pada saya amat penting sekali difahami dan diamalkan serta saya percaya bagitu juga bagi orang lain.

Walaupun terdapat banyak sekali sifat sesaorang muslim yang baik tetapi saya cuma fokuskan kepada dua sahaja sifat utama iaitu sabar dan syukur yang secara peribadi saya cuba amalkan semampu yang boleh. Kedua duanya saling berkait rapat, satunya melengkapkan yang lain.

Dalam buku "Al Quran Meyuruh Kita Bersabar" oleh Prof Dr. Yusof Al-Qardawi(1994),telah dijelaskan bahawa sabar itu terbahagi kepada tiga jenis yang besar iaitu:

1. sabar terhadap musibah(dugaan/ujian/rintangan/bencana/kesulitan/kemalangan
dsb)yang menimpa diri kita.
2. sabar daripada melakukan maksiat (dorongan hawa nafsu/nahi mungkar)
3. sabar dalam melakukan suruhan/ketaatan kepada Allah(amal makruf)

Apabila sesaorang itu bersabar biasanya ia akan bersyukur. Menurut Abd Rukaini (2001) dlam bukunya "Akhlak membangun jati diri", orang yang menyedari dan mengakui nikmat Allah swt akan sentisa bersyukur dan tidak berlaku kufur terhadap nikmatNya.
Ini berdasarkan ayat dalam surah al-Nahl,16;114 yang bermaksud .."Dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembahNya semata mata".

Besyukur itu boleh dilakukan dengan tiga cara iaitu;

1. bersyukur dengan hati/amalan hati- hati sentiasa ingat kepada Allah swt
2. bersyukur dengan lisan- sentiasa berzikir mengingati Allah swt
3. bersyukur dengan amalan - sentiasa melakukan amalan baik (soleh) dan mengajak
kepada kebaikan (musleh)

Akhirnya orang yang bersabar dan bersyukur akan sentiasa memohon keredhaan Allah swt dalam segala tindak tanduknya dan ianya juga redha kepada ketentuan Allah swt keatas dirinya .Ini sesuai dengan maksud bahawa.."Allah redha akan mereka dan mereka pun redha akan Allah. Balasan sedemikian itu untuk orang yang takut kepada Tuhannya". (al-Baiyinah 98;8)

No comments:

Post a Comment