Total Pageviews

Wednesday, October 28, 2009

Berebut rebut nak masuk Sek. Ren. Islam Hidayah

Pada 28/10/09 saya mempengerusikan pemilihan kemasukan murid baru Tahun 1 ke SRIH bagi tahun 2010. Terdapat lebih kurang 230 permohonan tetapi sek hanya boleh mengambil 180 shj ( 5 kelas @ 36 murid = 180)- tak dapat dielakkan memandang kekurangan kelas dan juga guru di SRIH. Ini bererti kita terpaksa dengan amat dukacitanya menolak sekitar 50 permohonan - kecewa lah ibu bapa berkenaan tetapi apakan daya !. Kita dapati saban tahun (hampir 20 thn sejarah SRIH) beginilah keadaan/responnya, ramai ibubapa berlumba lumba ingin menghantar anak anak mereka ke sekolah berbentuk sepadu begini iaitu ada gabungan diantara aliran akademik dgn agama, walaupun kos/yuran bulanannya agak tinggi(dgn yuran,tambang bas,buku,makan dsb boleh mencecah RM300-400 seorang),pada hal mereka boleh mendapatnya secara percuma disekolah kebangsaan biasa.

Setelah di teliti, saya dapati terdapat beberapa sebab yg agak ketara spr berikut:

1. Ibu bapa yg kebanyakan berlatarbelakangkan pendidikan sekular merasakan tidak mahu lagi anak mereka melalui sistem yg sama yg dirasakan terlalu banyak kekurangannya.
2. Hendak meletakkan asas agama yg kukuh kpd anak mereka untuk menghadapi masa depan dgn masalah sosial yg makin mencabar dan kompleks di dunia luar .
3. Percaya kpd suasana/biah solehah yg ada di sekolah, pergaulan yg baik yg melambangkan akhlak Islamiah di antara semua pihak di sekolah
4. Rekod pencapaian akademik (UPSR,PMR dan SPM) yg agak baik serta yg lebih penting akhlak anak anak secara umumnya lebih baik spr mana yg ditunjukkan oleh murid sedia ada / bekas murid hidayah yg lain .

Mungkin itulah antara sebab utama mereka memilih sekolah hidayah. Semoga Allah memberkatinya.

No comments:

Post a Comment