Total Pageviews

Saturday, May 15, 2010

Tarikh lahir sama tiga beranak!!!

Pada 13/5/2010 saya membawa ayah Hj Bakar Hj ismail untuk rawatan mata di klinik pakar mata Sokha Alor Star. Setelah selesai menjalani rawatan mata, barulah saya sedar setelah dimaklumkan oleh adik saya Fatimah Bakar bahawa ayah dan emak memiliki tarikh lahir yg sama tetapi berbeza tahun iaitu ayah 30/09/1929 dan emak pula 30/09/1936.

Saya memberitahu adik Fatimah bahawa tarikh lahir saya pula 30/09/1955. Kami sama terkejut dgn tarikh tarikh lahir yg sama ini. Adakah ini satu kebetulan atau ada sesuatu rahsia tertentu?, timbul tanda tanya juga berapa orang agaknya didunia seperti kami ini? hanya Allah swt shj yg mengetahui dan apa pula rahsianya jika pun ada.

Sebagai seorang muslim saya memang tidak percaya dgn yg dikatakan rahsia disebalik tarikh lahir begini.Tetapi apa pun jika pun ada sesuatu rahsia tertentu,hanya Allah swt sahajalah yg mengetahui hakikat rahsianya.

No comments:

Post a Comment