Total Pageviews

Saturday, May 8, 2010

Matematik, Pendidikan, Pendidikan Matematik dan Islam

Sejak dibangku sekolah sehingga kini, kehidupan saya berkait dgn keempat empat konsep ini secara langsung mahupun tidak langsung. Ketika disekolah rendah, menengah sehingga di Universiti Malaya (1975-1979) subjek yg saya paling minati dan ada kebolehan lebih sedikit adalah matematik. Tetapi selepas bekerja di UTM bermula 1981 selepas hampir setahun mengajar matematik disekolah minat saya mula berubah kpd bidang pendidikan matematik khasnya mengenai aspek pengajaran dan pembelajaran nya. Ini membawa saya mendalaminya sehingga keperingkat masters dan Ph.D di UK dan seterusnya mengajar peringkat sarjana/sarjana dan Ph.D serta menyelia projek/tesis pelbagai peringkat dlm bidang pendidikan matematik ini.

Selepas beberapa ketika saya dapati bidang matematik ini sangat diminati oleh para sarjana Islam spr Al Khawarizmi, Omar Khaiyyam dsb kerana bidang ini sangat rapat dgn Islam. Allah swt sendiri menjadikan bumi dan alam semesta ini dgn suatu sistem matematik yg rapi drp sistem pengukuran, ruang, bentuk, perkaitan dsb yg menunjukkan kebesaran dan kebijaksanaaNYA.

Matematik adalah suatu "bahasa"(kebanyakan bersimbol)yg mengungkapkan atau menjelaskan segala fenomena di alam ini. Sebab itulah matematik dianggap sbg bahasa kpd sains/language/ Queen of the sciences.

No comments:

Post a Comment