Total Pageviews

Tuesday, May 25, 2010

PROGRAM MUKHAIYAM SMIH 2010 - PENGORBANAN GURU

Pada 22 mei 2010 saya telah berpeluang memberi ceramah motivasi mengenai pengorbanan guru dan berkongsi idea dgn guru SMIH dalam program mukhaiyam tahunan mereka khususnya tentang bagaimana konsep/prinsip dan amalan pentaksiran berasaskan sekolah(PBS)khususnya dalam aspek bukan kognitif/intelek iaitu aspek yg lebih banyak berunsur tarbiyah/afektif yg berkait dgn nilai, emosi, sikap dsb spr sifat amanah,ikhlas,jujur,bekerjasama,daya kepimpinan dan seumpamanya dapat diperingkatkan lagi di SMIH dan seterusnya dapat diguna pakai di lebih kurang 30 buah sekolah rendah dan menengah Islam dalam rangkaian MUSLEH diseluruh Malaysia. Ini adalah maklum balas direct/first hand pertama drp pengamal sebenar di sekolah, setelah saya bentangkan konsep ini di mesyuarat MUSLEH pada 1 mei 2010 yang lalu.

Walaupun aspek ini agak subjektif dan sukar diukur, dinilai dan ditaksir dgn tepat oleh sesaorang guru tetapi melalui sistem sedia ada yg mula diamalkan sejak 2003 iaitu SPPM (Sistem pentaksiran pelajar MUSLEH)yg meliputi aspek/konstruk kekeluargaan, solat dan amanah, ini menunjukkan bahawa kita telah cuba berusaha mengamalkan pendidikan holistik ( meliputi semua aspek ie jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial/JERIS) dan juga mengamalkan pentaksiran menyeluruh/holistik seperti yg sepatutnya.

Memanglah penilaian/perhitungan/pentaksiran yg paling tepat dan adil adalah hak mutlak Allah swt semata semata namun begitu kita sebagai pendidik perlu berusaha mencari jalan untuk mentaksir,mengukur dan menilai kebolehan dan prestasi setiap murid/pelajar kita dgn sebaik mungkin. Ini tentulah merupakan sebahagian shj pengorbanan guru yg amat banyak itu dalam konteks mentarbiyah pelajar pelajar kita.

Setelah diperbincangkan kita telah bersetuju menambahbaik instrumen SPPM itu dgn memasukkan konsep CGPA kpd konstruk tertentu spr kepimpinan,amanah, komunikasi dsb kpd setiap pelajar /murid yg dapat memberi satu profil lengkap kpd mereka sejak dari thn 1 sek rendah sehingga ting 5 sek men. Kita ingin menjadikan amalan pentaksiran ini sebahagian drp pembelajaran dan tarbiyah pelajar.

Dengan cara ini diharapkan setiap murid/pelajar hidayah/MUSLEH,guru dan ibubapa dapat sama sama berusaha menjadikan semua anak anak ini sebagai insan yg soleh lagi musleh dan seterusnya mampu berjihad menegakkan syariat Islam kelak. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment