Total Pageviews

Friday, May 7, 2010

Memperkasakan amalan pentaksiran berasaskan sekolah disekolah sekolah MUSLEH

Pada 1 mei 2010 saya bersama beberapa ahli AJK pendidikan MUSLEH seluruh negara telah bersidang di pejabat MUSLEH, Tmn Melewati, KL bagi mencari jalan bagaimana amalan PBS/School Based Assessment dapat dipertingkatkan lagi disemua lebih kurang 30 buah sekolah rendah dan menengah dalam rangkaian MUSLEH diseluruh Malaysia.

Hal ini sangat penting kerana kita telah komited mengamalkan konsep pendidikan holistik maka amalan pentaksiran dan penilaian pelajar pun mestilah juga holistik/menyeluruh yakni tidak terhad kpd mengejar kecermelangan akademik/kognitif/intelek sahaja tanpa menekan sebagaiman sepatutnya aspek non-kognitif iaitu aspek afektif(sahsiah, emosi, nilai,sikap,sosial,kepimpinan dsb) dan aspek kebolehan fizikal/psikomotor yg meliputi aktiviti kokurikulum,sukan,kelab, persatuan, mukhaiyam,syabab fatayat dsb)'

Ini juga selari dengan hasrat masa depan sistem pentaksiran kebangsaan Malaysia dan juga amalan dinegara negara maju spr UK,USA,Australia,Finland,Korea dsb.

Kita bercadang meneruskan dgn beberapa penambaikan amalan Sistem Pentaksiran Pelajar MUSLEH (SPPM) yg telah digunak sejak beberapa tahun lepas dgn menambahkan kaedah memberi konsep CGPA spr yg sedang diamalkan di peringkat universiti. Ini bererti setelah tamat tingkatan 5 setiap pelajar MUSLEH akan mengetahui CGPA setiap aspek/konstruk yg telah ditentukan.

Mereka akan mendapat dua sijil iaitu SPM dan juga SPPM dgn sistem CGPA nya. InsyaAllah dgn sokongan semua pihak khususnya para guru dan ibubapa kita boleh berjaya mencapainya.

No comments:

Post a Comment