Total Pageviews

Wednesday, March 17, 2010

Tazkirah Pagi Jumaat

Pada 5/3/2010 saya telah diminta oleh Kelab keluarga Fakulti Pendidikan UTM untuk memberikan ulasan buku berjudul 12 ciri peribadi cemerlang karya Prof Dr Yusuf Al Qardawy selepas sesi bacaan Al Quran mingguan pagi Jumaat kepada staf fakulti dan ahli kelab.

Alhamdulillah kedatangan ahli kelab agak ramai juga dan saya sempat dalam masa lebih kurang 30 minit mengupas mengenai 12 ciri peribadi cemerlang yg merupakan intipati ayat 63-77 surah Al Furqan untuk diteladi oleh kita semua sbg muslim sejati.

Ciri-ciri tersebut adalah spr berikut :

1. Tawadduk
2. Murah hati
3. Mendirikan solat malam
4. Takut seksaan neraka
5. Tidak boros berbelanja
6. Bertauhidkan Allah swt
7. Menjauhi pembunuhan dan menghormati kehidupan
8. Menjauhi zina
9. Taubat nasuha
10.Tidak bersumpah palsu dan meninggalkan perbuatan sia sia
11.Menghayati dan mengamalkan ayat ayat Allah
12.Mendoakan kebaikan bagi isteri dan keluarga.

Semoga bermenfaat dan dapat diamalkan secara berterusan . InsyAllah

No comments:

Post a Comment