Total Pageviews

Tuesday, March 30, 2010

Penilai Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC)

Selama dua minggu mulai 22/3/2010 - 31/3/2010 saya telah terlibat sbg ahli panel (dalam panel seramai 6 org ahli) dan juga sbg ketua panel (bagi Fakulti Sains dan Biro Inovasi dan Perundingan) bagi menilai permohonan untuk anugerah AKNC thn 2009 oleh fakulti dan bahagian di UTM. Tiga aspek utama yg dinilai adalah aspek kualiti pengurusan, perkhidmatan teras dan pengurusan pelanggan yg telah dilaksanakan sepanjang thn 2009.

Anugerah ini sangat penting, berprestij dan kemuncak/tertinggi sekali yg diberikan oleh UTM pada setiap tahun yg membawa hadiah saguhati sebanyak RM 20,000 kpd mana mana fakulti atau bahagian yg menunjukkan prestasi paling baik sekali dlm ketiga tiga aspek yg dinilai.

Pengalaman melihat pelbagai amalan dan inovasi dalam ketiga tiga aspek kualiti oleh beberapa fakulti/bahagian itu adalah suatu pengalaman yg sangat berharga sekali kpd saya yg baru dilantik sbg Pengerusi AJK Kualiti Fakulti Pendidikan selama 2 thn mulai Jan 2010 ini. Saya telah dilantik menjadi ahli panel ini mungkin disebabkan pengalaman saya mengetuai AJK AKNC fakulti ini yg telah menggondol anugerah pada thn 2002 dulu iaitu ketika saya mula memegang jawatan sbg Timbalan Dekan FP (2002-2008).Pengalaman ini juga saya akan gunakan untuk memantapkan pengurusan kualiti dlm kerja sukarela saya sbg Timbalan Pengerusi Lembaga Sekolah Islam Hidayah dimana saya juga bertanggungjawab dalam hal hal berkaitan usaha meningkatkan kualiti di Sekolah Hidayah. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment