Total Pageviews

Monday, March 15, 2010

Sijil Pengajaran Pendidikan Tinggi (SPPT)

Pada 12- 14 Mac 2010 bertempat di Naza Hotel, Melaka, saya bersama lebih kurang 30 pensyarah berbagai fakulti di UTM berkumpul untuk membentuk modul modul bagi program SPPT untuk kursus wajib bagi semua pensyarah baru universiti. Modul modul itu digunakan untuk mempersiapkan pensyarah muda dgn pelbagai kemahiran mengajar, mentaksir dan menggunakan ICT untuk pengajaran pembelajaran di universiti.

Hal ini patut sudah lama dilaksanakan, ini kerana pensyarah adalah "pakar" dalam bidang/contentnya shj tetapi kemahiran menyampaikan/ deliver kandungan itu belum dikuasai lagi. Jadi dengan adanya kursus wajib begini tentulah para pensyarah khususnya yg baru akan mengambil berat aspek yg selama ini agak diabaikan itu.

Semoga kualiti pendidikan tinggi akan lebih terserlah sedikit sebanyak melalui kursus seumpama ini.

No comments:

Post a Comment